expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, June 28, 2011

MAK NYAH VS GAY





Alhamdulillah...setelah saya berkira-kira untuk memilih topik bagi meng'update' blog saya ini... Saya terfikir untuk berkongsi pengalaman hakiki saya sepanjang saya bekerja di sebuah butik di ibu negara. Sekarang ini saya hanya tinggal di rumah dan menguruskan perniagaan kecil saya sahaja. Itu pun setelah setahun merancang untuk mempunyai perniagaan sendiri. Kadang-kadang apabila sendirian melakukan aktiviti di rumah... saya teringat kenangan saya waktu bekerja di butik. Sebelum ini saya memilih tajuk yang menyejukkan jiwa...tetapi kali ini saya berkongsikan cerita yang hangat dan menggusarkan...

Ceritanya begini....
 Pada awal tahun lepas saya telah membuat keputusan untuk mencari pengalaman bekerja di butik. Al maklumlah..... environtment kerja di butik di Kuala Lumpur.... tambah-tambah lagi butik tempat saya bekerja adalah diantara butik yang 'well establish'...maksudnya...diantara butik yang boleh tahan standard dan mahal...
butik ini mempunyai 2 cawangan iaitu 'Mens Wear' dan 'Ladies Wear'. Saya bertugas di 'Ladies Wear'. Butik ini mempunyai seorang designer iaitu seseorang yang telah menukar jantinanya (mak nyah). Designer saya kerap di kunjungi oleh rakan-rakan mak nyahnya... Seronok bercampur dengan mereka.... Tapi jika seseorang itu telah melanggar perintah Allah maka memang sukar untuk kita cari kebaikan dalam diri mereka. 
Mereka ini berkerjaya boleh tahan professionalnya... saya turut bercampur dengan mereka... seronok juga bercampur dengan mereka... segala 'aktiviti mak nyah' mereka saya tahu... dari suntik hormon hingga ke hubungan terlarang (rajang). Kadangkala macam nak termuntah tengok mereka....Tapi yang boleh saya katakan mereka ini semuanya cantik-cantik... kalah saya yang perempuan ni... suatu hari seorang dari rakan designer saya bercerita tentang persaingan mereka dengan seorang lelaki (gay) untuk merebut seorang lelaki yang suka dengan hubungan songsang. Lelaki gay ini telah memberi amaran kepada mak nyah-mak nyah ini agar tidak expose lebih-lebih hingga boleh menarik perhatian sang lelaki pujaan itu...boleh tahan juga sengit mereka bersaing...hingga ada persilisan yang menjadi perhatian geng-geng mak nyah dan beberapa orang... Selain itu ada juga istilah atau gelaran-gelaran tertentu kepada mereka...seperti mak nyah murahan... tetapi ada yang bagus-bagus juga... Kesian tengok mereka terpaksa tiru cara perempuan...(ketawa)...

Apa yang saya nak katakan...

Betapa dasyatnya mereka menjadi hamba nafsu sendiri...mereka terbelit dengan diri sendiri... benar seorang alim mengatakan nafsu itu seperti ular bebelit melingkari diri sendiri..kita harus bermujahadah untuk melepaskan belitannya.... 

Perhatikan sejarah...

Rasanya hampir semua tahu tentang isi kandungan Al-Quran yang menceritakan perihal suatu kaum yang terdahulu iaitu Kaum Tsamud (Kaum Nabi Luth) yang mempunyai tabiat songsang... (rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Luth_a.s. )

Surah Asy-Syuara;
26:160 "Kaum Luth telah mendustakan para Rasul"
26:161 "Ketika saudara mereka Luth berkata kepada mereka,"Mengapa kamu tidak bertakwa?"
26:162 "Sungguh, aku ini seorang rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu,"
26:163 "Maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepada ku"
26:164 "Dan aku tidak meminta upah kepadamu atas ajakan itu, upahku hanyalah dari Tuhan  seluruh alam"
26:165 "Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki (Homoseks) di antara manusia"
26:166 "dan kamu tinggalkan (perempuan) yang diciptakan Tuhan untuk dijadikan sebagai isteri 
kamu? Kamu memang orang-orang yang melampaui batas'
26:167 " Mereka menjawab, " Wahai Luth! Jika engkau tidak berhenti, engkau termasuk 
orang-orang yang terusir"
26:168 " Dia (Luth) berkata, " Aku sungguh benci kepada perbuatan mu"

Kaum Luth telah mengancam Nabi Luth dan membencinya kerana mengajak kaumnya beriman. Ayat seterusnya dalam kitab Al-quran dikisahkan dalam Surah Al-Araf:

“Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah ) tatkala dia berkata kepada mereka: “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelummu?”. Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melampiaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan: “Usirlah mereka (Luth dan para pengikutnya) dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri .” (QS. Al A'raaf, 7: 80-82) !

Sedikit perihal Kaum Nabi Luth....

Kaum Nabi Luth pada zaman dahulu tinggal di sekitar laut mati iaitu sempadan Israel-Jordan. mereka di kenali sebagai masyarakat Sadom / Sadum.... mengikut beberapa rujukan sejarah, mereka ini sangat rendah nilai moralnya.... Kota Sadum sangat kacau bilau dan tidak aman langsung... kecurian, homoseks dan lesbian bermaharaja lela... Saat itu sesiapa yang datang di kota itu akan di ganggu oleh masyarakat Sadom. Sehinggakan Allah mengutuskan malaikat yang menyamar menjadi lelaki tampan...isteri Nabi Luth memberi tahu kepada kaum Sadom tentang kedatangan tetamu Nabi Luth...maka berpusu-pusulah mereka mendatangi rumah Nabi Luth demi memuaskan nafsu mereka....Tetapi dengan izin Allah....pandangan mereka di butakan dengan kehadiran malaikat itu...dan kaum Sadom di hapuskan dengan bencana dari Allah Subhanallah Taala... menurut suatu sumber kaum Nabi Luth yang telah di musnahkan menjadi laut mati....

 Hakikat masa kini...

Saya memilih tajuk ini bukan sekadar saja-saja...ada mesej yang saya sampaikan...dan sengaja saya menghubungkan kisah pengalaman saya sendiri yang berlaku di depan mata dengan kisah dalam Al-Quran...
Bukan pengalaman di tempat kerja saya sahaja berlaku perkara begini...di tempat-tempat lain juga... nak dikatakan hampir sama dengan kisah Nabi Luth...tapi orang melayu...masih nampak sopan dan berbudi bahasa walaupun mereka adalah serigala....sangat menggerunkan...bila kita berhadapan dengan masalah-masalah-masalah ini di depan mata....seperti yang benar-benar terjadi... guru tahfiz meliwat anak muridnya... perkara ini terjadi apabila guru itu menonton video lucah...mereka tidak sedar walaupun mereka tidak berzina dengan perempuan...hukum liwat sama seperti berzina...dan kedudukan mereka di padang mahsyar nanti sama seperti orang-orang yang melakukan zina......selain dari kisah guru tahfiz... kehidupan di kota metropolitan sudah tentulah hebat maksiatnya....tidak terkecuali di kampung-kampung.... memang sudah berlaku dari dulu lagi...cuma orang-orang tua di kampung-kampung tidak faham dengan hubungan songsang ini.... zina juga sangat hebat walau dikampung.... koleksi anak luar nikah pon bertambah... Ini adalah sedikit hakikat masyarakat hari ini ....yang boleh tahan rendah moralnya..... Saya mengulas dari apa yang saya lihat di sekitar... Menutup aurat di lihat pelik...(pengalaman saya)... Berbudi bahasa dan berbaik sangka menjadi amalan pelik.... Saya mengakui kadang-kadang sukar ingin menjaga pergaulan apabila dengan saudara-mara.... ada yang perli dan macam-macam lagi.... 

Menurut pemerhatian saya 'kaum-kaum mak nyah' juga tidak menolak agama cuma mereka kelam dalam nafsu sendiri... Ada juga yang menunaikan solat walaupun hanya beberapa waktu solat sahaja... Namun kita perlu berfikir bersama tentang masalah mereka...mereka seperti lemas dan hanyut dengan diri masing-masing... Kita perlu mencari jalan bagi membantu mereka... Kesian bila melihat mereka... setakat ini mungkin masih belum ada pusat rawatan bagi mak nyah dan gay secara umum... Mereka perlukan rawatan rohani dan psycology.... Memberi mereka semangat dan ilmu agama yang mendalam... Setakat ini sahaja perkongsian saya....Kering sudah idea... Semoga saudara-saudari sekalian mendapat manfaat dari apa yang saya kongsikan...
Wallahualam...

 (sumber : http://www.radiniz.com)









Thursday, June 16, 2011

ASMA ALLAH TEMAN HIDUP KITA

 Hari-hari yang berlalu sangat menggusarkan. Masalah keluarga, masalah belajar, masalah kewangan, masalah perniagaan dan pelbagai lagi macam masalah yang bertimbun-timbun di dunia ini yang menghantui kita.
Sedar atau tidak sedar ada yang diantara kita lupa mengingati Allah dalam kehidupan seharian. Sedangkan telah berulang-ulang kali di sebut "MENGINGATI ALLAH HATI KAN TENANG". 

Saya hanya berkongsikan pandangan dan pembacaan saya kepada anda semua. Marilah kita membelai cinta dan rindu kita kepada Allah. Semoga perkongssian saya dapat membantu sahabat semua dalam kehidupan Insyallah...Biiznillah....Jakallah (Sumber : Buku Asmaul Husna oleh Dr. Wan Maseri)

KHASIAT ASMA ALLAH

  • Memohon keampunan dari Allah dengan Ya Afuww, Ya Ghafur dan Ya Tauwab.
  • Penyucian jiwa dengan Asma Allah Ya Quddus dan Ya Jalil.
  • Kemantapan iman dan merasainya Ya Hayyu Ya Qayyum.
  • Menguatkan jiwa dengan Ya Aziz, Ya Matin, Ya Ba'ith.
  • Aturan agenda kehidupan dan seharian dengan Ya Bari'.
  • Cemerlang dalam pelajaran dengan Ya Hakim, Ya Alim dan Ya Rashid.
  • Memohon sembuh dari penyakit dengan Ya Salam.
  • Menjadi hamba yang merdeka jiwa Ya Malik.
  • Mencari khusyuk solat Ya Sami' Ya Basir.