expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Showing posts with label aurat. Show all posts
Showing posts with label aurat. Show all posts

Thursday, January 16, 2014

Idea Bergaya Minimalis

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt.
Hai followers, circles, and friends!

Tahun baru ini mesti anda tertanya-tanya apakah gaya fesyen untuk tahun 2014. Jadi Sis buat sedikit research tentang forecast fesyen untuk tahun ini. Sis mula mengkaji pada hujung tahun lalu. Alhamdulillah. Dapat Sis simpulkan dengan ringkas di antara gaya fesyen tahun ini adalah minimalis. Maksudnya pada rekaan pakaian di kurangkan perinciannya seperti manik dan sebagainya. Sebaliknya tumpuan di berikan kepada aksesori seperti tali pinggang, bracelet dan cincin. Kita mungkin akan lihat banyak blouse dan dress polos.  

Oleh dengan itu, suka saya ingin berkongsi idea bergaya minimalis yang bertemakan warna. Sesuai untuk semua muslimah. Bagi muslimah yang memakai tudung labuh, anda boleh mengambil konsep idea saya dan sesuaikan dengan penampilan anda. Untuk IDEA yang saya akan pamerkan pada gambar adalah idea yang paling minimum bagi muslimah. Terutama sekali muslimah yang baru berhijrah namun masih ingin berfesyen. Semoga Allah membuka hati muslimah yang masih belum berhijrah untuk melakukan perubahan dengan melihat idea saya.

SYARAT

1. Tudung / Scarves / Shawl - Minimum tutup dada & paras bahu.
2. Blouse - Minimum paras bawah punggung, longgar & tidak jarang.
3. Seluar / Skirt - Minimum longgar, labuh & tidak jarang.
4. Kasut - Minimum tidak terlalu tinggi, material halal & memakai stokin aurat.
5. Aksesori - Minimum bukan hiasan yang liar seperti hisan rock & di pakai di tempat yang betul.

OK, Let's Start!

Gaya Kasual dan Sopan

Sesuai di gayakan pada hari hari biasa seperti keluar bersama kawan-kawan, membeli-belah dan sebagainya. Gaya ini amat sesuai bagi wanita berumur 25 tahun keatas. Wanita yang berpewatakan lembut biasanya suka memilih untuk berpenampilan begini.


Tema warna : Soft Red

1. Scarves / shawl - Fashion valet
2. Blouse / top - Zalora
3. Skirt labuh - Zalora
4. Wedges - Zalora
5. Tote bag - Zalora
6. Belt - Zalora
7. Bracelet - Zalora
8. Ring - Fashion Valet

Tema warna : Green

1. Scarves / shawl - Fashion valet
2. Blouse / top - Zalora
3. Skirt labuh - Fashion Valet
4. Wedges - Zalora
5. Tote bag - Zalora
6. Brooch 
7. Bracelet - Fashion Valet
8. Ring - Zalora


Gaya Kasual & Ranggi


Gaya ini sesuai untuk gadis remaja dan wanita 20-an. Si gadis remaja yang lasak dan inginkan kelaian pada penampilanya namun masih ingin menjaga syariat akan memilih untuk menampilkan gaya ini. Saya juga gemar akan gaya lasak ini. Gaya lincah membuatkan gadis-gadis mudah untuk melakukan aktiviti mereka.
Tema warna : Blue

1. Scarves / shawl - Fashion valet
2. Blouse / top - Zalora
3. Skirt labuh - Zalora
4. Boot - Zalora
5. Bag - Zalora
6. Watch - Zalora, EZRA
7. Belt - Zalora
8. Bracelet - Zalora
9. Ring - Zalora



Tema warna : Purple

1. Scarves / shawl - Fashion valet
2. Blouse / top - Zalora
3. Skirt labuh - Zalora
4. Bag - Zalora
5. Wedges - Zalora
6. Belt - Zalora
7. Ring - Zalora
8. Bangle - Zalora
9. Brooch

Apa salahnya tahun 2014 ini kita cuba lakukan sedikit kelaian pada penampilan kita. Agar kita kelihatan segar dan bertenaga. Tak salah menggayakan pelbagai fesyen dan masih megikut syariat. Muslimah perlu melakukan perubahan pada penampilan agar kita kelihatan seusia dengan usia kita yang sebenar. Seperti pernah seorang tokoh muslimah menyarankan kepada adik-adik muslimah lain supaya berpenampilan mengikut umur. Kerana beliau melihat ada sesetengah individu gemar berpenampilan seperti sudah berumur. Kata-kata beliau benar-benar menyuntik semangat saya untuk menulis blog tentang fesyen muslimah. Walaupun dalam kedaan yang perlahan.

Selamat Mencuba!


Saturday, August 10, 2013

TIPS PILIH BAJU RAYA

aSSALAMUALAIKUm....

Hai followers, circles. & friends....
Mesti ramai yang tertunggu-tunggu post baru Sis... Maaflah you all.. Sis sibuk sangat bulan puasa. Jarang dapat menghadap blog ni. Iyalah kan... Tahun pertama berpuasa dan beraya sebagai isteri. Rasa tak menang tangan nak buat kerja. Dari kerja memasak, mengemas, menjahit, membasuh... sampai buat kuih raya pun Sis buat. Alhamdulillah semuanya di bantu oleh suami.

JOM Bidadari Muslimah Kita Tengok Baju Apa Yang Sesuai Di Pakai Raya Ni

1. Menutup aurat.

Syarat utama mestilah mengikut syariat. Menutup aurat wajib bagi orang Islam. Menutup aurat itu bermaksud menutup yang hodoh. Seperti biasa pakaian mestilah longgar, tidak jarang, dan bukan colour-blocking (warna stiking & kontra). Tudung perlulah di labuhkan ke bawah dada. Kaki mestilah di sarung dengan stokin aurat. Baru ayu kan...? Dah settle syarat ni, bolehlah Sis gelar you all "Permata Syurga".

2. Selesa di pakai.

Ok selesa di pakai ni macam mana ya?! Haaa... senang saja. Mestilah dari pemilihan fabrik yang selesa. Seperti sutera, georgette, cotton, lycra dan macam lagi. Janji syaratnya SEJUK. Sebab Hari Raya kita banyak menziarahi saudara-mara dan kawan-kawan kita pagi petang siang malam. Betul tak you all?!

3. Update

Walaupun you all semua muslimah sejati yang mengikut suruhan syarak, tapi you all mestilah kene update trend fashion sekarang. Kan?! bagi yang muda tak usahlah pakai macam orang-orang usia 30-50-an pula. Stylish kan sikit. Tapi jangan over! Update dari segi design baju, warna, & jenis fabrik. Kena jaga market dik! Haha... Kan..?! Bukan untuk menunjuk-nunjuk, tapi harga diri. Sederhana, simple & menawan.

4. Warna apa?

Ini senang saja. Bagi yang berkulit gelap yang sangat gelap pilihlah baju yang berwarna gelap. Bagi yang berkulit tann atau sederhana cerah boleh pilih warna pastel. Warna pastel tu apa? OK warna pastel tu warna yang cerah tapi bukan terlalu cerah dan striking. Bagi yang berkulit putih gebu boleh pilih warna yang sangat lembut elakkan pilih baju yang berwarna gelap.

5. Design macam mana Sis?

Ok design mudah saja konsepnya. Ikut bentuk badan you all. Bukan yang fit. Maksud Sis jika you all mempunyai badan bentuk pear, you all boleh pilih baju yang mempunyai jalir bahagian pinggang hingga ke bawah. Kalau dada besar boleh pilih baju yang mempunyai jalur atau corak kecil bahagian atas. Jika you all mempunyai bentuk badan straight, you all boleh pilih baju yang mempunyai multiple design corak. Maksudnya boleh cari baju yang mempunyai banyak corak pada satu baju. Corak-corak ini membantu untuk menutup kekurangan bentuk tubuh you all.

6. Sesuai yang macam mana?

You all boleh pilih pelbagai jenis baju. Contohnya, baju kurung, kurung pahang, jubah, dress, kebaya dan blouse untuk bergaya di Hari Raya. Jangan pula you all pakai blazer nak jalan raya. Atau you all pakai jacket winter pula.... Seeloknya pakai pakaian tradisional Melayu. OK?!

Gambar di bawah ini di ambil spontan oleh my hubby. Shawl yang Sis gayakan ini adalah hasil rekaan Sis sendiri. Dan Sis yang jahit sendiri. Shawl ini boleh di pakai di kedua-dua belah bahagian depan dan belakang. Shawl ini sangat best di pakai, lembut dan sangat sejuk. Memang sesuai di pakai di Hari Raya tau you all... You all suka tak nak pakai shawl macam ni? Hehe...



SELAMAT HARI RAYA

aSSALAMUALAIKUm.

Di keheningan Syawal, Sis menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf di atas segala keterlanjuran sepanjang Sis ber'blogging'. Harap-harap you all maafkan Sis ya?!

Dalam bulan yang mulia ini kita jangan lupakan saudara-mara kita yang miskin dan yatim piatu. Juga kita jangan lupa untuk mendoakan kesejahteraan saudara-mara seislam kita di Palestine, Syria & Mesir yang sentiasa di serang oleh musuh-musuh Islam.



Ehem... Ehem... Ehem... Jom jalan raya :)


Monday, July 8, 2013

Gaya Ringkas Bidadari Berniqob

Bismillah. Assalamualaikum followers, circles & friends.

Mungkin ramai gadis-gadis berniqob mencari-cari gaya bagaimana mahu menggayakan pakaian.

Anda berhak kelihatan cantik dan hebat!!

Ingin berfesyen namun masih di dalam lingkungan syariat.

Perlukah berfesyen kalau berniqob?

Jawapannya, 

PERLU DAN MESTI BERFESYEN

KENAPA?

Kerana setiap muslimah itu ada harga diri. 
Dan setiap muslimah itu perlu menjaga maruah.

 FESYEN DALAM SYARIAT 


Kenapa perlu bersusah-susah dalam memilih pakaian?

Perlu memilih pakaian yang bersesuaian dengan bentuk badan dan tempat yang ingin kita kunjungi.

Bidadari semua hanya perlu membuat satu standard pakaian iaitu menutup aurat (syariah compliant).

Pemilihan corak, fabrik & potongan pakaian bergantung kepada aktiviti yang anda semua ingin lakukan. 

 JOM TENGOK!! 



Mudahkan??

~Selamat Mencuba~




Sunday, July 7, 2013

Tips Memilih Dress Untuk Si Cantik

Bismillah. Assalamualaikum followers, circles, & friends.
Mulakan hari anda dengan niat yang hebat!!!

Setiap orang mempunyai kelemahan pada bentuk tubuh badan, tetapi ia tidak bermakna anda tidak boleh menyembunyikannya! Apabila membeli-belah untuk pakaian baru, pastikan anda mengambil kira jenis bentuk badan anda. Dengan mengikuti tips mudah, anda boleh menyerlahkan positif dan meremehkan bahagian-bahagian badan anda yang ... tidak begitu sempurna.


SERLAHKAN KECANTIKAN ANDA DENGAN PEMILIHAN DRESS YANG BETUL


1. Tubuh Bentuk Pear

Bagi wanita berbentuk pear dengan pinggul penuh dan paha, pakaian harus tidak boleh lebih pendek dari satu atau dua inci atas lutut. Pilih pakaian dengan skirt A-line tetapi bukan sesuatu yang terlalu penuh. Pakaian yang pendek akan kelihatan janggal pada pemilik tubuh begini. Bagi bidadari yang rendah, pilih pakaian dengan bentuk leher V,  dan pakaian yang dihiasi garis leher.

2. Tubuh Bentuk Epal


Jika anda mempunyai bentuk badan seperti epal, iaitu pinggang besar anda perlu memilih dress yang menghasilkan kesan panjang dan tinggi pada tubuh anda. Pilih dress yang mempunyai empire-line (garisan bawah dada) atau drop-waist (garisan pinggang jatuh). Elakkan tali pinggang yang tebal dan besar atau memilih tali pinggang jenis rantai yang tersangkut rendah pada pinggang anda.




3. Lengan Menggeleber


Pilih dress yang menggelembung, lengan loceng yang 3/4 atau penuh panjang untuk menyembunyikan lenggan menggeleber.


4. Dada Kecil

Jika anda tidak dikurniakan dengan dada yang sempurna, elakkan bukaan leher menjunam dalam (bentuk V panjang). Sebaliknya, pilih dress dengan leher bulat atau leher leper dan manik-manik atau perhiasan lain untuk menambah satu dimensi yang kecil sehingga atas. Rantai berlapis sangat popular sekarang dan mereka boleh menambah beberapa dimensi kepada dada anda.



5. Dada Besar



Dress bentuk leher V yang sangat menarik untuk wanita yang memiliki dada besar. Pilih fabrik yang memberi tektur longgar dan tidak ketat, yang boleh membuat dada anda kelihatan terlalu besar. Untuk mengimbangi badan yang lebih rendah yang lebih kecil dari dada, pilih dress A-line yang paling sesuai.


6. Terlalu Kurus

Sweater atau pakaian yang di kait (knitted) adalah pilihan yang hebat untuk bidadari yang mempunyai tubuh badan yang sangat kurus. Tambah lapisan luar pada pakaian seperti Cardigan atau Jaket untuk memberi kesan berisi kepada tubuh anda. Pilih bahagian bawah dress yang berombak contohnya pleated, ruffle dan bertekstur.

~Selamat Mencuba~

Monday, June 17, 2013

PAKAIAN & SI CANTIK

Bismillah... Assalamualaikum WBT..
Hai circles, followers, & friends. I Miss You All Sooo Much!!

Sis suka untuk post topik ini kerana berkaitan dengan pakaian. Sepanjang kehidupan kita dari kecil hingga dewasa, pernah tak kita merenung cara kita berpakaian. Mungkin juga ada sebahagian dari kita tidak tahu cara berpakaian yang sebenarnya mengikut syariat. Betul ke betul? Mari kita muhasabah diri.

Kita dan Pemakaian Kita

Pakaian adalah aset penting dalam sebuah kehidupan malah dalam Islam sendiri sebagai peraturan utama iaitu menutup aurat seperti mana telah berlakunya kepadaAdam dan Hawa as di mana telah tertutupnya aurat bagi mereka semasa Allah SWT menciptakan manusia pertama hingga mereka sendiri tidak menyedarinya. Lihat sahaja perlakuan syaitan yang bersungguhan dan berusaha dengan tipu dayanya untuk mempengaruhi Adam dan Hawa hingga terdedah aurat mereka dan mereka menyadari keterbukaannya, sehingga mereka berusaha menutupinya dengan daun-daun surga. Usaha tersebut menunjukkan adanya naluri pada diri manusia sejak awal kejadiannya bahwa aurat harus ditutup dengan cara berpakaian. Seperti penjelasan tentang pengertian tsaub, manusia pada mulanya tertutup auratnya. Ayat yang menguraikan hal ini menggunakan istilah…li yubdiya lahuma ma wuriya 'anhuma minsauatihima.. untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup dari mereka, iaitu auratnya)(QS Al-A'raf [7]: 20).

Dengan itu mengikut cara hidup Islam berpakaian adalah satu tuntutan wajib bagi menutup aurat samada muslim atau muslimat. Peraturan Islam menggalakkan hamba-Nya memakai pakaian yang menampakkan ciri-ciri Islam iaitu tidak menyerupai cara berpakaian sesuatu bangsa atau jantina yang lain. 

" ….harta ( mereka yang ada dalam kekuasaanmu ) yang dijadikan Allah sebagai pokok kehidupan . Berilah mereka belanja dan pakaian ( dari hasil harta itu ) dan ucapkanlah kepada mereka kata-kata yang baik." (An-Nisaa': 5 )


Warna-warna dan fesyen tidak pula dibatasi selagi ia menjamin kesejahteraan umatnya dan agama. Walau bagaimana pun pakaian yang terlebih baik adalah pakaian yang mengikuti sunnah baginda SAW iaitu warna putih bagi lelaki dan perempuan warna-warna yang tidak memberi perhatian iaitu warna-warna gelap atau suram. Contoh warna-warna lembut termasuk putih kerana ia nampak bersih dan warna ini sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah SAW.

Baginda bersabda bermaksud: "Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik, dan kafankan mayat kamu dengannya (kain putih)." (an-Nasa’ie dan al-Hakim)

Menjadi persoalan di sini adakah kita sedar bahawa setiap penampilan kita boleh mempengaruhi cara pandangan kita, orang sekitar dan mempengaruhi cara hidup kita dan mereka. Lihatlah sekarang golongan muda-mudi utamanya yang beragama Islam telah berjaya mengubah cara hidup mereka daripada segi berpakaian ke arah pakaian yang membawa kemurkaan-Nya seperti tidak sopan, ketat, tidak menutup aurat dan menyerupai jenis yang berlawanan dengan mereka sendiri. 

Hal ini terjadi kerana terpengaruh dengan budaya, bangsa dan agama lain. Biasanya cara berpakaian boleh juga mengubah sikap seseorang individu daripada segi percakapan dan tingkahlaku kita sendiri dan begitu juga kepada orang lain. Pada penelitian, jika kita berpakaian tidak sopan orang kurang menghormati kita daripada segi percakapan dan tingkahlaku dan amat berbeza dengan orang yang berpakaian sopan dan menepati cara pemakaian Islam.

Jadi pakaian juga adalah salah satu elemen dakwah yang berkesan kepada orang sekeliling. Pakaian yang bersih, kemas dan menarik boleh menambat hati seseorang untuk terpikat dengan cara hidup kita, mempengaruhi cara percakapan kita dan memberi pandangan baik kepada si pemakai. Memang tepat sekali dengan pepatah mengatakan pakaian melambangkan satu identiti seseorang. Jika pemakaian kita kotor dan selekeh mungkin pandangan orang bahawa kita adalah seorang yang pengotor serta tidak mementingkan penampilan. Ini akan menghasilkan sesuatu yang negatif yang mana tidak akan dicontohi atau tidak membawa kesan yang boleh mempengaruhi kehidupan seseorang individu mahu pun dalam agama itu sendiri.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Ahzab, ayat 59 yang bermaksud; “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Memang ramai mengatakan pakaian tidak melambangkan keimanan seseorang tetapi harus diingatkan bahawa melalui pakaian boleh juga menambahkan keimanan dalam diri kita. Sebagai contoh jika kita mengikuti sunnah baginda SAW, kita akan merasa lebih dekat dan cinta kepada baginda SAW dan lebih mengingati akan tingkah laku supaya menuruti apa yang diperintahkan-Nya. Jika dibandingkan sebaliknya iaitu makin lama makin hilang rasa malu dan makin melampaui batas cara pemakaiannya. Ini menunjukkan kesan bahawa makin tipisnya iman seseorang hasil daripada pilihan pakaian mereka.

Firman Allah SWT dalam Surah al-A'araf, ayat 26 yang bermaksud; “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan- bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).”


Apa salahnya kita sebagai umat baginda SAW mempamerkan cara berpakaian yang beridentitikan Islam itu sendiri. Kita sepatutnya perkukuh, perteguh, berbangga dan memartabatkan pakaian Islam itu sendiri agar kita umat Islam turut mempunyai jati diri yang kuat. Sebagaimana yang diperhatikan kenapa perlu mengikuti cara pakaian bukan identiti Islam itu sendiri?, kenapa kita sendiri menghindari daripada memakai pakaian yang dituntut Islam?, kenapa kita juga yang merendah-rendahkan pakaian agama kita sendiri dan kenapa kita yang Islam ini turut memperagakan pakaian yang bukan daripada identiti kita?. Nampakkah di mana maruah kita sebagai seorang Muslim?. Bagaikan tiada kekuatan pada diri untuk mengelak dan mencegah sebaliknya hanya menerima dan terus menerima tanpa memikirkan maruah agama kita sendiri. Siapa lagi yang akan mengangkat pemakaian cara Islam jika bukan kita sendiri yang mesti melakukannya.

Firman Allah SWT dalam Surah an-Nisaa', ayat 85 yang bermaksud; “Sesiapa yang memberikan syafaat (tauladan) yang baik nescaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya; dan sesiapa yang memberikan tauladan yang buruk, nescaya ia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas semua perkara.”


Astahgfirullah Al-Azim inikah umat Islam yang perlu dicontohi?, inikah umat Islam yang perlu dibangga-banggakan?, inikah umat Islam yang perlu dijulang oleh penganut lain?. Jika inilah sikap umat Islam, dengan itu tiada apa yang perlu dicontohi, dibanggakan dan perlu dijulang kerana umat Islam itu sendiri mengotori, mencabul, merendahkan dan mencalarkan cara pemakaian umat Islam itu sendiri.

Sesungguhnya, cara pemakaian Islam adalah yang terbaik kerana menjamin kesejahteraan kita daripada segi kesihatan, aktiviti sosial dan juga cara pemikiran yang lebih bertakwakan kepada-Nya. Rentetan itu, tidak perlulah kita malu, segan dan menganggap cara pemakaian Islam adalah kolot. Sepatutnya kita merasa bangga dengan cara pemakaian Islam kerana ia menjamin kesejahteraan dunia dan akhirat.

Subhanallah, marilah kita renung-renung dan fikirkan...
Demi Islam itu sendiri, moga kita semua dalam kesedaran dan dalam perubahan yang lebih baik.
Kelemahan itu daripada saya dan kebaikan itu daripada Allah Maha Memiliki Kerajaan langit dan bumi serta segala isinya.

Wallahu'alam

Rujukan : halaqah.net

Sila Klik Link Di Bawah Ini

Thursday, June 13, 2013

KASUT WEDGES ISTIMEWA BUAT MUSLIMAH

Bismillah... Assalamualaikum WBT..
Hai circles, followers, & friends. Apa khabar??

Sudah lama Sis teringin nak cerita pada anda semua Bidadari Muslimah Anggun tentang topik ini. Ramai yang masih berpendirian bahawa muslimah tidak boleh mengayakan kasut yang mempunyai pelbagai rekaan. Ramai juga menghadkan fesyen kasut mereka. Apa salahnya kalau sekali sekala kita memakai sesuatu luar dari kebiasaan? Betul tak? Anda berhak untuk kelihatan cantik dan hebat!!!

Jom Tengok Wedges Yang Sesuai Untuk Muslimah!!

Syarat utama bagi muslimah untuk memakai wedges adalah seperti berikut:-

  • Memilih kasut wedges yang tidak terlalu tinggi.
  • Tidak memilih warna yang terang.
  • Jenis material yang halal (bukan kulit anjing atau khinzir)
  • Memakai stokin aurat.

Kasut Muse Wedges - Istilah ini adalah dari istilah fesyen iaitu kasut wedges yang bertali. Muslimah boleh gayakanya dengan pakaian kasual. Walaupun memakai setokin aurat, bidadari muslimah akan kelihatan menawan.


Kasut Wedges Open Toe - Istilah open toe adalah dari rekaan kasut wedges ini yang terbuka sedikit di hadapanya. Boleh juga di gayakan bila ke pejabat atau bagi bidadari muslimah yang masih study, boleh juga pakai ketika menghadiri kuliah. Selain itu and boleh memakainya ke majlis-majlis istimewa.






Kasut Pump Wedges - Kasut wedges yang penuh. Sesuai di gayakan di majlis-majlis formal dan ke pejabat. 




Kasut Wedges Boot - Sangat sesuai di pakai waktu sejuk. Boleh di gayakan dengan jubah denim, blouse, seluar, jaket, skirt dan dress. Ianya ringkas dan lasak.




Jangan cuba yang ini!!! - Terlalu tinggi dan menyakitkan kaki.




~Selamat Mencuba~

Tuesday, May 28, 2013

FESYEN TUDUNG TERKINI

Bismillah... Assalamualaikum...

Hai followers, circles & friends!!! Happy tak hari ni??? Jom baca!!!

Tudung! Tudung! Tudung!
Ramai bidadari anggun yang sedang ghairah meneroka fesyen-fesyen tudung terkini kan?? Sis tertarik untuk publish topik ni sekali lagi sempena menyusun kembali blog ini.
Sis mulakan topik dengan Fesyen Tudung. Sis memilih topik ini kerana kemunculan pelbagai fesyen tudung yang sangat memberi impak dalam dunia fesyen terkini. Lets enjoy friends!!

Koleksi Najjah 

Zaman ini mempunyai pelbagai jenis fesyen tudung. Melalui teknologi tekstil  dan jahitan yang semakin berkembang, kini tudung sudah menjadi tumpuan di dalam industry fesyen. Lebih- lebih lagi rekaan tudung telah di inovasikan oleh pereka-pereka fesyen di Malaysia.

Haaa... tu dia... rambang mata nak melilih kan??

Penggunaan fabrik seperti chiffon, lycra, bawal, satin, printed fabric dan banyak lagi menjadikan rekaan tudung lebih menarik. Di tambah dengan perincian yang sophisticated dan glittering ia semakin menjadi kegilaan para wanita di luar sana. Ada yang gemarkan manik & labuci. Ada juga sukakan lace, pleated dan lain-lain.

Perincian Tudung Berbentuk Ros & Pearl

  Tudung Fabrik Printed

Design Fabrik Bawal oleh Datin Norjuma

Lycra Innovasi Design

Rekaan yang mudah digayakan kemana sahaja menjadikan ramai wanita kini gemar memakai tudung. Menggunakan kaedah mix and match tudung kini lebih flexible untuk pemakaian kasual, majlis formal, majlis keramaian, sukan, dan ke tempat kerja. Maka kita boleh berjimat dengan cara ini.

Haa... itu dia... untuk show pun sesuai.
Cer tengok Kak Siti ni.

Pemakaian tudung untuk sukan.

Selain itu pelbagai pilihan corak dan warna kini sangat mudah untuk di dapati dimana-mana kedai pakaian, butik juga butik online. Dari warna panas, sejuk, pastel, gelap ke warna klasik wanita bertudung lebih mudah membuat pilihan.
Printed Shawl & Light Colour

Tidak ketinggalan juga para gadis remaja yang bertudung sudah berani menggayakan pelbagai rekaan tudung. Dari shawl, pashmina, turban, tudung Syria, tudung labuh, niqob, tudung sarung & banyak lagi.
Trend tudung remaja.
So nice!

Pelbagai pilihan warna & corak Pashmina
Cantikkan?

Trends Niqob... Cantikkan?

Rasa- rasanya yang mana satu tudung pilihan friends di luar sana ya?

Sebarang cadangan anda boleh emel saya bidadari4187@gmail.com 
atau 
melalui facebook Sis Ain Melur 
atau 
twitter Sis Ain Melur
#klik sahaja pada link#

Monday, May 27, 2013

WAHAI BIDADARI AURAT ITU PERMATA

Bismillah... Assalamualaikum...

Hai, apa khabar followers, circleS, & friends? Sis ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembaca blog Sis. Anda adalah INSAN-INSAN HEBAT yang sudi view blog Sis. Sis ada topik khas buat anda semua BIDADARI SYURGA ^___^ Topik ape tu? Haaa...

Wahai Bidadari Aurat Itu Permata


Baik, siapakah BIDADARI SYURGA itu? Sudah tentulah anda yang bergelar muslimah.

Apakah Sebenarnya Aurat? 

Aurat dari segi bahasa adalah hodoh. Dari segi syarak bermaksud bahagian anggota yang perlu di tutup & di sembunyikan dari pandangan bukan mahram. Dan hukumnya haram jika membuka aurat kepada bukan mahram. Wajib bagi setiap orang Islam menutup auratnya.

DALIL

Firman Allah SWT:-


"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (Surah Al-A’raaf : Ayat 26)"



"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan." (An-Nur:30)



"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (An-Nur:31)


"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Al-Ahzab:59)

Sabda Rasulullah SAW:-

"Jika salah seorang kamu mengahwinkan hamba lelakinya kepada hamba perempuannya atau kepada pekerjanya, maka janganlah hamba perempuan itu memandang kepada sesuatu dari ‘auratnya (‘aurat tuannya). Maka sesungguhnya apa yang di bawah pusat sehingga lututnya adalah ‘aurat." 
(Hadis Riwayat al-Baihaqi)

Dari Bahz Bin Hakim, dari ayahnya, dari datuknya ia berkata: "Ya Rasulullah, mana aurat-aurat yang harus kami tutup dan kami biarkan?" Rasulullah SAW menjawab: "Kalau engkau dapat yang sekira seorang itu pun tidak melihatnya, maka janganlah sekali-kali ia melihatanya." Aku bertanya: "Bagaimana kalau salah seorang itu kami sendiri?" Rasulullah menjawab: "Allah itu berhak di malui."
(Hadith Riwayat Imam Yang Lima kecuali Nasaie)

Bagaimana Yang Di Katakan Menutup Aurat?


Aurat itu sangat mudah di fahami dan mudah untuk kita tutupi. Caranya, anda semua perlu mengenal pasti bahagian anggota aurat. Iaitu bagi bidadari muslimah seluruh tubuh kecuali muka & tapak tangan. Manakala bagi wildan muslimin (lelaki) dari atas pusat hingga bawah lutut. Cuma ada pendapat yang mengatakan wildan muslimin perlu menutup bahagian badan yang lain juga. 

Ada juga bidadari muslimah yang memakai pakaian yang menutup bahagian anggota yang di maksudkan tetapi pakaiannya agak ketat & tudung tidak menutup dada. Cara pemakaian ini masih tidak memenuhi syarat menutup aurat. Hendaklah bepakaian longgar, tudung menutupi dada, tudung tidak mempamerkan bentuk leher & tudung tidak mempunyai sanggul yang tinggi. Selain itu bidadari muslimah perlulah memastikan pakaian anda tidak jarang. Tidak lupa juga memakai stokin bila keluar rumah.

Apa itu permata?

Pasti ramai yang bertanyakan apa kaitannya aurat dan permata? Permata adalah sejenis batu berlian yang TERSIMPAN  lama yang SANGAT BERHARGA. Ia perlu dijaga rapi dalam bekas khas & tidak boleh di pamerkan di merata tempat. Hanya tempat yang istimewa sahaja boleh di pamerkan. Begitulah kiasan aurat bidadari muslimah. Memilih pakaian yang istimewa untuk menutup aurat adalah satu kewajipan. Apabila sampai waktunya bidadari semua bolehlah mempamerkan anggota tubuh aurat kepada insan istimewa iaitu suami. Walaupun bidadari muslimah semua memakai pakaian yang seksi. 


"Wahai bidadari muslimah anggun, aurat adalah permata yang perlu di hiasi dengan pakaian dari syurga"

Terima kasih daun keladi, Kalau sudi baca lagi.
Jangan lupa untuk tinggalkan komen.

Sebarang cadangan anda boleh emel sayabidadari4187@gmail.com 
atau 
melalui facebook Sis Ain Melur 
atau 
twitter Sis Ain Melur
#klik sahaja pada link#