expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Showing posts with label fesyen tudung. Show all posts
Showing posts with label fesyen tudung. Show all posts

Thursday, January 16, 2014

Idea Bergaya Minimalis

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt.
Hai followers, circles, and friends!

Tahun baru ini mesti anda tertanya-tanya apakah gaya fesyen untuk tahun 2014. Jadi Sis buat sedikit research tentang forecast fesyen untuk tahun ini. Sis mula mengkaji pada hujung tahun lalu. Alhamdulillah. Dapat Sis simpulkan dengan ringkas di antara gaya fesyen tahun ini adalah minimalis. Maksudnya pada rekaan pakaian di kurangkan perinciannya seperti manik dan sebagainya. Sebaliknya tumpuan di berikan kepada aksesori seperti tali pinggang, bracelet dan cincin. Kita mungkin akan lihat banyak blouse dan dress polos.  

Oleh dengan itu, suka saya ingin berkongsi idea bergaya minimalis yang bertemakan warna. Sesuai untuk semua muslimah. Bagi muslimah yang memakai tudung labuh, anda boleh mengambil konsep idea saya dan sesuaikan dengan penampilan anda. Untuk IDEA yang saya akan pamerkan pada gambar adalah idea yang paling minimum bagi muslimah. Terutama sekali muslimah yang baru berhijrah namun masih ingin berfesyen. Semoga Allah membuka hati muslimah yang masih belum berhijrah untuk melakukan perubahan dengan melihat idea saya.

SYARAT

1. Tudung / Scarves / Shawl - Minimum tutup dada & paras bahu.
2. Blouse - Minimum paras bawah punggung, longgar & tidak jarang.
3. Seluar / Skirt - Minimum longgar, labuh & tidak jarang.
4. Kasut - Minimum tidak terlalu tinggi, material halal & memakai stokin aurat.
5. Aksesori - Minimum bukan hiasan yang liar seperti hisan rock & di pakai di tempat yang betul.

OK, Let's Start!

Gaya Kasual dan Sopan

Sesuai di gayakan pada hari hari biasa seperti keluar bersama kawan-kawan, membeli-belah dan sebagainya. Gaya ini amat sesuai bagi wanita berumur 25 tahun keatas. Wanita yang berpewatakan lembut biasanya suka memilih untuk berpenampilan begini.


Tema warna : Soft Red

1. Scarves / shawl - Fashion valet
2. Blouse / top - Zalora
3. Skirt labuh - Zalora
4. Wedges - Zalora
5. Tote bag - Zalora
6. Belt - Zalora
7. Bracelet - Zalora
8. Ring - Fashion Valet

Tema warna : Green

1. Scarves / shawl - Fashion valet
2. Blouse / top - Zalora
3. Skirt labuh - Fashion Valet
4. Wedges - Zalora
5. Tote bag - Zalora
6. Brooch 
7. Bracelet - Fashion Valet
8. Ring - Zalora


Gaya Kasual & Ranggi


Gaya ini sesuai untuk gadis remaja dan wanita 20-an. Si gadis remaja yang lasak dan inginkan kelaian pada penampilanya namun masih ingin menjaga syariat akan memilih untuk menampilkan gaya ini. Saya juga gemar akan gaya lasak ini. Gaya lincah membuatkan gadis-gadis mudah untuk melakukan aktiviti mereka.
Tema warna : Blue

1. Scarves / shawl - Fashion valet
2. Blouse / top - Zalora
3. Skirt labuh - Zalora
4. Boot - Zalora
5. Bag - Zalora
6. Watch - Zalora, EZRA
7. Belt - Zalora
8. Bracelet - Zalora
9. Ring - Zalora



Tema warna : Purple

1. Scarves / shawl - Fashion valet
2. Blouse / top - Zalora
3. Skirt labuh - Zalora
4. Bag - Zalora
5. Wedges - Zalora
6. Belt - Zalora
7. Ring - Zalora
8. Bangle - Zalora
9. Brooch

Apa salahnya tahun 2014 ini kita cuba lakukan sedikit kelaian pada penampilan kita. Agar kita kelihatan segar dan bertenaga. Tak salah menggayakan pelbagai fesyen dan masih megikut syariat. Muslimah perlu melakukan perubahan pada penampilan agar kita kelihatan seusia dengan usia kita yang sebenar. Seperti pernah seorang tokoh muslimah menyarankan kepada adik-adik muslimah lain supaya berpenampilan mengikut umur. Kerana beliau melihat ada sesetengah individu gemar berpenampilan seperti sudah berumur. Kata-kata beliau benar-benar menyuntik semangat saya untuk menulis blog tentang fesyen muslimah. Walaupun dalam kedaan yang perlahan.

Selamat Mencuba!


Thursday, July 18, 2013

Hadiah Istimewa Untuk Pembaca Setia

Bismillah. Assalamualaikum WBT.

Hai rindu bertaut di Inspirasi Indah.

Kuntuman bunga yang sangat cantik ini saya hadiahkan kepada anda semua yang sangat setia menjadi pembaca & viewers. Semoga Allah merahmati kamu semua.

Monday, July 8, 2013

Gaya Ringkas Bidadari Berniqob

Bismillah. Assalamualaikum followers, circles & friends.

Mungkin ramai gadis-gadis berniqob mencari-cari gaya bagaimana mahu menggayakan pakaian.

Anda berhak kelihatan cantik dan hebat!!

Ingin berfesyen namun masih di dalam lingkungan syariat.

Perlukah berfesyen kalau berniqob?

Jawapannya, 

PERLU DAN MESTI BERFESYEN

KENAPA?

Kerana setiap muslimah itu ada harga diri. 
Dan setiap muslimah itu perlu menjaga maruah.

 FESYEN DALAM SYARIAT 


Kenapa perlu bersusah-susah dalam memilih pakaian?

Perlu memilih pakaian yang bersesuaian dengan bentuk badan dan tempat yang ingin kita kunjungi.

Bidadari semua hanya perlu membuat satu standard pakaian iaitu menutup aurat (syariah compliant).

Pemilihan corak, fabrik & potongan pakaian bergantung kepada aktiviti yang anda semua ingin lakukan. 

 JOM TENGOK!! 



Mudahkan??

~Selamat Mencuba~




Tuesday, June 25, 2013

WORKSHOP JAHIT MANIK 2013


Assalamualaikum. Hai apa khabar circles, followers & friends?
Hope you all always have happy life. :)

Sis masih lagi dalam mood mempromosikan Workshop Jahit Manik 2013.
Rugi kalau tak join!!!
Bukan sekadar dapat ilmu kemahiran menjahit manik. Malah kami akan kongsikan bagaimana cara mahu "Sedut Duit Dengan Jahit Manik"

Kami membuka peluang kepada INSAN-INSAN HEBAT!!! yang ingin tahu bagaimana mahu memaksimumkan hasil jahit manik. Bukan sekadar pada pakaian sahaja. Tetapi boleh di aplikasikan kepada perkara lain. 

Di Negara kita yang tercinta ini, masih lagi kurang tenaga kerja bahagian "Design Detail" iaitu Pereka Perincian Pakaian & aksesori lain. Adakah anda tahu dengan jahit manik anda boleh mendapat ribuan ringgit dengan hanya 1 hasil kerja???? Malah anda juga boleh mengambil upah menjahit manik dari butik-butik secara pukal. Maka anda sentiasa mendapat income dari hasil jahit manik. Rebut peluang ini sekarang!!! Sebelum orang lain yang sambar!!!

Tawaran istimewa untuk INSAN_INSAN HEBAT!!!
Terhad kepada 50 orang peserta yang cepat mendaftar!!!

**********************************************
Semoga Allah terus memanjangkan hayat rezeki Tuan / Cik Puan untuk merebut peluang menghadiri Workshop Jahit Manik Kami.
**********************************************
Jika Tuan / Puan teragak-agak untuk menyertai workshop ini, sila hubungi kami untuk pertanyaan lanjut.Kami akan bantu berikan jawapan yang puan inginkan.

Jika ada sebarang isu berkenaan dengan pembayaran, mohon maklumkan kepada kami. Kami akan usaha untuk permudahkan urusan Tuan / Puan.

Klik di sini!!! >> Borang Pendaftaran <<

Thursday, June 13, 2013

CARA PAKAI PASHMINA GAYA HANA TAJIMA

Bismillah... Assalamualaikum WBT..

Hai circles, followers, & friends. Apa khabar?? 
Mungkin ramai yang cuba pelbagai cara untuk men'style'kan tudung anda.
Kali ini Sis kongsikan cara pakai pashmina yang paling simple.

Jom cuba tiru cara Hana Tajima pakai tudung atau shawl!!


CARA-CARA MEMAKAI PASHMINA GAYA HANA TAJIMA

  1.  Pakai headband.
  2.  Letakan pashmina di atas kepala (sebelah panjang dan sebelah lagi pendek).
  3.  Ambil bahagian yang pendek menggunakan tangan kiri, balut di belakang kepala pegang seketika.
  4.  Kemudian balut sebelah kanan yang panjang pada pangkalnya.
  5.  Pastikan ianya ketat sedikit dan pinkan.
  6.  Bawa pashmina sebelah kanan hadapan.
  7.  Pusingkan pashmina kesekeliling kepala hingga ke kanan semula.
  8.  Lipat bahagian yang terkeluar dengan kemas.
  9.  Akhir sekali, pinkan pashmina di bahagian tepi kepala.
Tara!!! Dah Jadi!!!


~Selamat Mencuba~

Tuesday, May 28, 2013

FESYEN TUDUNG TERKINI

Bismillah... Assalamualaikum...

Hai followers, circles & friends!!! Happy tak hari ni??? Jom baca!!!

Tudung! Tudung! Tudung!
Ramai bidadari anggun yang sedang ghairah meneroka fesyen-fesyen tudung terkini kan?? Sis tertarik untuk publish topik ni sekali lagi sempena menyusun kembali blog ini.
Sis mulakan topik dengan Fesyen Tudung. Sis memilih topik ini kerana kemunculan pelbagai fesyen tudung yang sangat memberi impak dalam dunia fesyen terkini. Lets enjoy friends!!

Koleksi Najjah 

Zaman ini mempunyai pelbagai jenis fesyen tudung. Melalui teknologi tekstil  dan jahitan yang semakin berkembang, kini tudung sudah menjadi tumpuan di dalam industry fesyen. Lebih- lebih lagi rekaan tudung telah di inovasikan oleh pereka-pereka fesyen di Malaysia.

Haaa... tu dia... rambang mata nak melilih kan??

Penggunaan fabrik seperti chiffon, lycra, bawal, satin, printed fabric dan banyak lagi menjadikan rekaan tudung lebih menarik. Di tambah dengan perincian yang sophisticated dan glittering ia semakin menjadi kegilaan para wanita di luar sana. Ada yang gemarkan manik & labuci. Ada juga sukakan lace, pleated dan lain-lain.

Perincian Tudung Berbentuk Ros & Pearl

  Tudung Fabrik Printed

Design Fabrik Bawal oleh Datin Norjuma

Lycra Innovasi Design

Rekaan yang mudah digayakan kemana sahaja menjadikan ramai wanita kini gemar memakai tudung. Menggunakan kaedah mix and match tudung kini lebih flexible untuk pemakaian kasual, majlis formal, majlis keramaian, sukan, dan ke tempat kerja. Maka kita boleh berjimat dengan cara ini.

Haa... itu dia... untuk show pun sesuai.
Cer tengok Kak Siti ni.

Pemakaian tudung untuk sukan.

Selain itu pelbagai pilihan corak dan warna kini sangat mudah untuk di dapati dimana-mana kedai pakaian, butik juga butik online. Dari warna panas, sejuk, pastel, gelap ke warna klasik wanita bertudung lebih mudah membuat pilihan.
Printed Shawl & Light Colour

Tidak ketinggalan juga para gadis remaja yang bertudung sudah berani menggayakan pelbagai rekaan tudung. Dari shawl, pashmina, turban, tudung Syria, tudung labuh, niqob, tudung sarung & banyak lagi.
Trend tudung remaja.
So nice!

Pelbagai pilihan warna & corak Pashmina
Cantikkan?

Trends Niqob... Cantikkan?

Rasa- rasanya yang mana satu tudung pilihan friends di luar sana ya?

Sebarang cadangan anda boleh emel saya bidadari4187@gmail.com 
atau 
melalui facebook Sis Ain Melur 
atau 
twitter Sis Ain Melur
#klik sahaja pada link#