expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, May 11, 2011

AL-BURUJ : APA YANG TERSIRAT?

Demi langit yang mempunyai gugusan bintang...
Dan demi hari yang di janjikan...
Demi yang menyaksikan dan yang disaksikan... 
Binasalah orang-orang yang membuat parit (iaitu para pembesar Najran di Yaman)...
Yang berapi (yang mempunyai kayu bakar)...
Ketika mereka duduk di sekitarnya....
Sedang mereka menyaksikan apa yang mereka perbuat terhadap orang-orang mukmin..
Dan mereka menyiksa orang-orang mukmin itu hanya kerana (orang-orang mukmin itu) beriman kepada Allah yang Maha Perkasa, Maha Terpuji...
Yang memiliki kerajaan langit dan bumi. Dan Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu...
Sungguh, orang-orang yang mendatangkan cobaan (bencana, membunuh, menyiksa) kepada orang-orang
mukmin laki-laki dan perempuan lalu mereka tidak bertobat, maka merekaakan mendapat azab Jahanam
dan mereka akan mendapat azab (neraka) yang membakar...
Sungguh orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka akan mendapat syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, itulah kemenganan yang agung...
Sungguh azab Tuhanmu amat keras...
Sungguh dialah yang memulai penciptaan (makhluk) dan yang menghidupkannya (kembali)...
Dan dialah yang Maha Pengampun, Maha Pengasih...
Yang memiliki 'Arasy, lagi Maha Mulia...
 Maha Kuasa berbuat apa yang dia kehendaki...
Sudahkah sampai kepadamu berita tentang bala tentera (penentang)...
(Iaitu) Firaun dan Samud....
Memang orang-orang kafir (selalu) mendustakan...
Padahal Allah mengepung daripada belakang mereka (sehingga tidak dapat lolos)...
 Bahkan (yang didustakan itu) ialah Al-Quran yang Mulia...
 Yang (tersimpan) didalam (tempat) yang terjaga iaitu (Luh Mahfuz)... 







*Gambarajah ini menunjukan buruj.

Dengan Nama allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
Saya ingin mulakan perkongsian minda dengan memuja-muji Khaliq Pencipta Alam...
Dialah Tuhan sekelian alam...Seluruh alam semesta yang luas dan tidak terjangkau oleh pemikiran kita hanya ada dalam genggaman Yang Maha Agung...
Cuba kita curi masa sebentar duduk santai di halaman rumah...sambil melihat langit ciptaan Allah...
Pelbagai tafsiran dan andaian yang bakal kita katakan...Kadang-kadang kita melihat bulan bintang terbentang di langit tinggi seperti satu skrin layar yang kita tidak tahu mana mulanya dan mana penghujungnya...
Kita akan terpaut dengan kerdipan bintang-bintang...mengagumkan...bintang-bintang yang Allah ciptakan mempunyai banyak fungsi dan kegunaannya didalam kehidupan seharian...sebagai contoh para pelayar zaman dahulu berlayar dengan berpandukan bintang-bintang ini...juga bagi menentukan peredaran masa...dan sebagainya...
Didalam Kalam Allah ada satu surah khas yang menerangkan tentang bintang-bintang (buruj)...
Isi maknanya seperti tertera diatas dan bacaan surahnya seperti didalam klip yang saya titipkan...
Dengarlah dan hayatilah bacaan indah Surah Al-Buruj...

Saya bukanlah ahli sains astronomi atau fizik...dan saya bukanlah ahli ilmuan...
Saya hanya manusia kerdil yang ingin berkongsi hobi dan minat saya kepada kalian...
Hanya berpandukan bahan bacaan, seminar dan perbincangan santai secara peribadi sahaja...

Kebelakangan ini...dunia di gembar-gemburkan dengan angka 2012..pelbagai andaian dibuat...
Pelbagai ilmuan membuat kajian satu demi satu ingin merungkai tentang angka ini...(senyum)...
Saya tidak ketinggalan mencari bahan bacaan yang berlambak dipasaran tentang angka ini...
Pelbagai pandangan, kiraan, budaya, dan agama dibuat rujukan tentang angka ini...
Pelbagai tokoh muncul untuk mengkaji angka ini...
Di dalam satu rujukan (buku), telah menerangkan asal-usul angka ini dikira oleh suatu kaum terdahulu..
Semua pengiraan dilakukan dengan tepat...dan kaum terdahulu itu menyatakan pada angka ini akan berlakunya pelbagai bencana mala petaka yang amat dasyat...
Namun pada penghuraian sumber rujukan ini...penulis menyatakan landasan yang betul untuk berfikir tentang angka ini....iaitu Al-Quran dan Hadith dan juga atsar para sahabat Kekasih Allah Nabi Muhammad saw...
Kiraan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada setiap masa segala bencana, pergolakan politik, kekejaman, ketenteraan-ketenteraan, penaklukan, penindasan juga penyembahan syaitan...

Saya bawakan Syair Agung Dunia ini kepada kalian hanya sekadar 'sharing' yang menandakan 'caring' kepada kalian....hanya secebis buah fikiran yang Allah telah aturkan saya untuk mencurahkan...Masyaallah...
Isi kandungan Surah Al-Buruj menerangkan tentang sejarah dan yang akan datang...
Pergolakan yang berlaku di atas muka bumi Allah...Bencana yang berlaku di bumi adalah hasil dari tangan-tangan hitam yang berkuku panjang yang sangat zalim...iaitu bangsa-bangsa yang dilaknat oleh Allah (Yahudi dan Nasrani)...Cuba kita berfikir sejenak apa yang telah berlaku di sekeliling kita...?
Sama ada di kampung atau di bandar...pelbagai kerosakan zahir dan batin setiap jiwa-jiwa yang ada...
Kita diserang dengan cara pemikiran dan budaya...saudara kita di negara Timur tengah bukan sahaja ditindas...malah dibunuh dan dihapuskan etniknya....pertumpahan darah berlaku dimana-mana sahaja...
Mereka tiada tempat tinggal dan hidup dalam keadaan sangat sengsara...
Tetapi Allah menjanjikan mereka syurga...
Kita diserang dari setiap sudut...bagaikan sudah di pasung....tidak boleh melakukan apa-apa...
Mereka tidak senang dengan orang-orang yang betaqwa kepada Allah...mereka tidak akan redha selagi kita tidak mengikut mereka...

Wahai saudara-saudaraku sekalian....hadirkanlah rasa rindu pada Kalam Allah dan majlis-majlis ilmu yang bisa membuka hijab pandangan mata hati kita....luaskanlah pendengaran kita agar kita boleh mendengar tangisan saudara-saudara kita...berlumbalah mencari cinta yang paling hebat di alam ini....cinta Allah...
Jadilah manusia yang peka tentang peralihan waktu dunia...
Tiada yang lebih indah selain pengabdian kita pada Yang Esa...

Salam kasih sayang dari saya yang kerdil ini....wallahu'alam...



 *Tangan-tangan yang membawa bencana dan malapetaka.


 

No comments:

Post a Comment