expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Showing posts with label Allah. Show all posts
Showing posts with label Allah. Show all posts

Friday, January 3, 2014

Tahun Baru Yang LEBIH INDAH

Bismillah. Hai friends, followers,& circles.

This year might be more fascinating and adventures. Life goes on as usual. But some people really love to find inspirational things. Get your inspirational things such as books, movies, songs, or people who inspiring by their achievement. I also have someone that give me such wonderful inspiration. Our kept-secret talented number one singer Siti Nurhaliza is the one in a few people was inspiring me. This special song, her new song call "Lebih Indah" very beautiful and strong song was publish by the end of last year 2013.  Shortly, let we sing together this amazing song! YOU WILL INSPIRED! Wish This Year Life More Amazing & Beauty.

Watch this amazing video ^____^



LEBIH INDAH

Pelangi
Terlihat tika
Adanya
Titisan hujan


Begitu resam alam
Perlu ada kepelbagaian
Cabaran dan dugaan
Membuat hidup lebih indah


Chorus:
Di sekelilingmu
Ada dinding dinding yang menghadangi
Dan menghalangi
Di sekelilingmu
Ada laut-laut yang menghampari
Dan merintangi


Verse 2
Jiwa serta raga
Cinta jiwa cinta
Kau harunginya


Kau harunginya

Umpama
Purnama jingga
Cantiknya
Di langit senja


Warnanya yang tercipta
Dari debu zarah udara
Mengajar hidup kita
Ragamkan menghasil yang indah


[Ulang Chorus]

[Ulang Verse 2]

Mengharunginya

Tiada yang mustahil di dunia
Segalanya mampu ditawan
Sejauh manakah kemahuan
Demi ke sana


[Ulang Chorus]

[Ulang Verse 2]

Mengharunginya

Daaaa.... Have a good year!


Happy New Year 2014!


Bismillah. Selamat Tahun Baru Masihi kepada viewers. 

Kebiasaan bagi setiap warga Malaysia akan melangkah tahun baru dengan azam yang di perbaharui.
Tidak kurangnya saya. Saya nak kongsi sedikit tips pada you all semua. ^___^

Tahun yang berlalu sudah berlalu. Dan tahun-tahun itu meninggalkan kenangan dan pengalaman dalam hidup kita. Jatuh bangun kita dalam sebuah kehidupan. Mungkin ada viewers yang tidak dapat mencapai impian pada tahun lalu. Dan mungkin ada yang dapat mencapainya. Setiap kali masuk tahun baru saya akan menulis list IMPIAN saya :). Dengan cara ini urusan kita akan lebih tersusun dan kita lebih fokus kepada matlamat yang ingin kita capai.

Sebagai contoh kita mempunyai beberapa matlamat pada tahun 2014, you all tuliskan senarai dari yang kecil hingga yang besar. Tuliskan tajuk dengan huruf besar IMPIAN TAHUN 2014.  Kemudian pada akhir helaian itu tulis "Yang Ingin Menggapai Impian". Saya syorkan agar you all tulis dengan tulisan tangan.

Boleh juga you all bahagikan kepada beberapa bahagian. Contohnya; 

1. Rohani (peningkatan amal soleh / perbaiki iman)
2. Fizikal (diet / kesihatan)
3. Mental (pendidikan / learning / kesihatan mental)
4. Financial (tabungan / saham)

Gambar Di Bawah Contoh Cara Membuat Senarai

(Klik pada gambar untuk Download format list ini )

Selamat Mencuba. Semoga Allah SWT mengkabulkan impian kepada viewers Inspirasi Indah

Apa pun yang bakal anda lalui, laluilah dengan iman dan sabar.

Keh keh keh.....

Akhir kata dari saya.


Thursday, July 18, 2013

Hadiah Istimewa Untuk Pembaca Setia

Bismillah. Assalamualaikum WBT.

Hai rindu bertaut di Inspirasi Indah.

Kuntuman bunga yang sangat cantik ini saya hadiahkan kepada anda semua yang sangat setia menjadi pembaca & viewers. Semoga Allah merahmati kamu semua.

Sunday, July 14, 2013

Ramadhan Kareem

Bismillah. Assalamualikum WBT.

Hai followers, circles & friends.

Selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga Ramadhan tahun ini 1434h memberikan kekuatan kepada kita semua untuk melakukan 'anjakan paradigma rohani'. Bulan puasa adalah bulan yang paling sesuai untuk kita mulakan hidup 'baru'.


 Pintu Syurga Istimewa Untuk Orang Yang Berpuasa 

Dalil Hadith :

Dari Sahal Bin Sa'ad r.a, Katanya Rasulullah Saw bersabda :

"Di dalam syurga ada sebuah pintu yang disebut Ar-Rayyan. Orang-orang yang diperkenankan masuk ke syurga itu pada hari kiamat kelak hanyalah orang-orang puasa, sedangkan yang lain-lainnya tidak diperkenankan. Mereka akan dipanggil, "Hai orang-orang puasa! Maka masuklah mereka melalui pintu itu" Setelah orang yang terakhir masuk, pintu itu segera dittutup dan dikunci sehingga yang lainnya tidak dapat melaluinya" ( Muslim 1119 )

Kalau nak di umpamakan Pintu Rayyan ini keadaan dengan pintu-pintu syurga yang lain, Sis suka memberi contoh seperti TOL HIGHWAY. Maksud Sis bukannya rupa seperti TOL. Tapi cara orang memasukinya. Jika kita lihat keadaan TOL, bermula dari kiri. TOL bayaran Cash, kemudian TOL Touch n Go, dan akhir sekali TOL Smart Tag.

Agak-agak anda semua macam mana keadaannya? Sudah tentu TOL bayaran Cash kenderaan beratur panjang dan lama untuk menunggu. Manakala TOL Touch n Go kenderaan sederhana berjalan lancar. Yang paling best, TOL Smart Tag. Semua kenderaan yang melalui TOL Smart Tag ini sangat lancar dan laju sahaja. Betul tak?

Apa kaitan dengan PUASA? Saya suka benar mahu bercerita. TOL-TOL ini perumpamaan Pintu-Pintu Syurga. Bagi amalan puasa ada pintu istimewa. Tapi hanya orang-orang yang mempunyai puasa yang berkualiti di sisi Allah sahaja yang boleh melalui pintu ini. Pintu Rayyan saya umpamakan seperti TOL Smart Tag. Kerana tidak ramai yang melaluinya dan siapa yang melaluinya laju seperti kilat. Pahala amalan puasa juga Allah rahsiakan.

Dari Abu Hurairah r.a, Katannya Rasulullah saw bersabda:

"Barangsiapa menafkahkan dua perkara pada jalan Allah, maka dia akan dipanggil dari beberapa pintu syurga. Wahai Hamba Allah! Inilah kebaikan!

Maka siapa yang mengerjakan solat ia akan dipanggil dari pintu solat; siapa yang ikut berperang dia akan dipanggil dari pintu jihad; siapa yang puasa dia akan dipanggil dari pintu rayyan, dan siapa yang bersedekah, dia akan dari pintu sedekah"

Kata Abu Bakar, "Aku tebus engkau dengan Bapak dan Ibuku, Hai Rasulullah! Tiadalah satu kesukaran bagi orang-orang yang dipanggil dari pintu-pintu itu, dan adakah seseorang dipanggil dari pintu-pintu itu semuanya?" ( Bukhari 931 )
Jawab Nabi saw, " Ya , dan aku mengharapkan supaya engkau termasuk dalam golongan mereka itu"




OK Jom Tengok!!
Negara-negara yang jangkamasa puasanya lebih panjang dari kita.

Kuwait - 16 jam

Saudi Arabia - 16 jam

Morocco - 14 jam

China - 14 jam

Japan - 14:30 jam

England - 16:30 jam

France - 16 jam

Denmark - 21 jam

Iceland - 20 jam

Netherlands - 18:30 jam

Canada - 18 jam

United States - 15 jam


~Doakan Saudara-saudara Seislam Kita Di Negara Ini Sabar Untuk Menjalani Ibadah Puasa~

Wednesday, June 12, 2013

HAI SI ANGGUN CERITA CERMIN DIRI

Bismillah... Assalamualaikum WBT..
Hai circles, followers, & friends. Apa khabar?? 
Hari ni Sis Ain Melur nak share topik best ini.
Jom Muhasabah!!

Dua Jenis Cermin Diri


Dua orang ahli bomba masuk ke dalam hutan untuk memadamkan satu kebakaran kecil. Sesudah selesai, mereka berdua lantas menuju ke arah sebuah sungai.

Wajah salah seorangnya telah dilumuri abu hitam; sebaliknya wajah seorang lagi adalah bersih sama sekali tanpa sebarang noda.

Soalan: Ahli bomba manakah yang akan membasuh muka?

Mengapa Cermin Dicipta?


Sebab utama cermin dicipta adalah untuk melihat kalau-kalau ada yang tidak kena pada penampilan diri. Adakah rambut kita tersisir rapi? Adakah tudung yang dipakai itu senget? Adakah jambang yang dicukur itu kemas lagi licin? Adakah celak dan gincu yang ditempek itu herot? Atau masih adakah saki-baki air liur basi yang terlekat di pipi?


Dengan kata lain, kita melihat cermin untuk memastikan kesempurnaan fizikal diri. Kata kunci di sini ialah "memastikan kesempurnaan". Ini bermaksud, melihat cermin dengan tujuan untuk "syok sendiri akan kesempurnaan" diri adalah sangat terpesong daripada tujuan asal mengapa cermin dicipta.

Berbalik kepada soalan di awal-awal tadi, siapakah yang akan membasuh muka? Yang berwajah kotor atau pun yang berwajah bersih? Jawapan yang betul adalah si ahli bomba yang berwajah bersih. Mungkin jawapan ini agak mengelirukan. Mengapa pula yang si berwajah kotor tidak membasuh mukanya?

Begini: Apabila yang berwajah kotor itu melihat rakannya yang berwajah bersih, maka dia pun berpendapat bahawa wajahnya pasti lah bersih seperti rakannya. Namun perkara yang sebaliknya berlaku kepada yang berwajah bersih. Apabila dia melihat kekotoran pada wajah rakannya itu, maka dia pun berkata kepada diri sendiri: "Muka aku pun mesti kotor juga macam dia. Baik aku basuh." 


Cermin yang betul dan Cermin yang salah?

Cermin yang betul, apabila memandangnya, kita mampu menginsafi akan kelemahan diri. Ia adalah analogi kepada apa yang berlaku apabila ahli bomba berwajah bersih melihat wajah kawannya yang kotor itu.

Jika kita ada seorang kawan yang baik sifatnya, maka mereka adalah cermin untuk menilai apa yang masih kurang pada diri. Jika kawan itu kurang baik pula sifatnya, ia tetap boleh menjadi cermin bagi mengingatkan adakah kita juga begitu sebenarnya?

Itulah dia cermin yang digunakan oleh mereka yang selalu muhasabah diri.

Cermin yang salah pula, apabila memandangnya, kita semakin berbangga akan kesempurnaan palsu pada diri. Ia adalah analogi kepada apa yang berlaku apabila ahli bomba berwajah kotor melihat wajah kawannya yang bersih itu.

Dalam kes ini, kawan di sekeliling dijadikan cermin untuk melihat betapa sempurnanya diri kita jika dibandingkan dengan mereka. Pada akhirnya, cermin yang salah ini dijadikan justifikasi untuk kita kekal di takuk lama. Kata kita kepada diri sendiri, "Aku ni kira baguslah. Kalau nak dibandingkan dengan si polan yang duduk seberang jalan, lagi macam setan dia tu!"


Nabi SAW bersabda:' Seseorang itu akan ikut siapa yang dia berkawan. Jika kamu berkawan dengan tukang jual minyak wangi dan kamu tidak mampu membeli minyak wangi itu tetapi setidak-tidaknya bau harum minyak wangi akan kena juga pada pakaian kamu DAN jika kamu berkawan dengan tukang ketuk besi, biarpun percikkan api daripada ketukan tidak kena pada kamu tetapi bau asap api akan kena juga pada pakaian kamu.

Itulah dia cermin yang digunakan oleh mereka yang selalu syok sendiri akan kesempurnaan diri.

Jadi siapakah kita antaranya?


Sumber : Halaqah.net

Tuesday, June 11, 2013

PAK CIK DAN BUKU FALSAFAH AL-QURAN

Bismillah... Assalamualaikum wbt kepada semua circles, followers & friends.
Sis sangat rindu dan sangat teruja untuk menceritakan satu kisah yang berlaku malam tadi. Pengajaran buat kami suami isteri.

Inilah bukunya.

Sewaktu pergi makan di kedai mamak  Taipan Senawang. Sedang sedap menjamah roti nan cheese bersama suami, ade seorang pak cik datang ke arah kami mahu menjual buku.


Menu malam tadi.

"Adik nak beli buku?" Soal pak cik itu.

Pak cik itu tunjuk kepada kami buku bertajuk 'FALSAFAH AL-QURAN'. Aku tersentak bila tengok tajuk buku tu. Tersentuh tahap maksimum. Hati aku 50-50 nak beli. Suami aku gayanya macam nak beli. Kemudian aku bagi isyarat pada suami aku supaya tidak membelinya. Pak cik tu datang dari arah belakang aku. Jadi aku tak dapat tengok wajah dia. Aku memang tidak suka kalau di kedai makan ada orang datang jual-jual macam tu. Macam-macam pak cik tu cakap. Tapi yang aku paling tersentuh bila pak cik tu cakap,

"Jangan lupa baca quran sebab bila kita baca quran, kita akan bahagia dunia akhirat dan hidup berkat".

Aku tersentap sekali lagi. Aku menggeleng pada suami. Suami aku pun bagi tau pak cik tu kami tak nak beli buku dia. Pak cik tu pun pergi ke meja belakang dengan satu tin air cincau dan duduk. Kemudian dia bangun kembali. Sedetik kemudian aku memalingkan muka dan tengok pak cik tu. Aku tersentuh melihat pak cik yang dah basah baju akibat peluh. Dia jalan pelahan. Aku lihat dia berjalan mahu ke tandas. Kami menahan pak cik itu dan bertanya macam-macam.

"Pak cik dari mana?" tanya suami ku.

"Dari Kuala Pilah," jawab pak cik tu.

"Oh dari Kuala Pilah," kami serentak jawab.

"Pak cik duduk dengan siapa sekarang?" suami ku tanya lagi.

"Sekrang tinggal dengan anak dekat Lavender Height," katanya.

Kami sedikit terkejut apabila pak cik tu kata tinggal di Lavender Height kerana Lavender Height yang berdekatan dengan rumah kami itu adalah tempat orang kaya. Kami bertanya lagi,

"Pak cik kerja apa dulu?" aku pula bertanya.

"Dulu pak cik kerja polis," jawabnya.

Kami menganggukkan kepala dan pak cik itu berlalu ke tandas. Setelah habis makanan aku jamah, aku mencuci tangan di singki sebelah tandas. Pak cik itu keluar dan mencuci tangan di sinki sebelah ku. Aku bertanya lagi. Tidak puas hati dan aku ingin tahu secara dalam tentangnya. Kata suamiku pak cik ini selalu ada di kedai mamak ini.

“Pak cik balik rumah anak naik apa?” soal aku lagi.

“Balik naik teksi,” jawabnya.

Katanya tiap-tiap hari dia naik teksi. Aku terkesima. Jalannya sudah tidak berapa gagah. Seperti ada penyakit. Pada mulanya aku ingatkan pak cik ni sakit alzhiemer (penyakit lupa).


Sebahagian dari isi buku ini.

“Pak cik jual buku lama pak cik kah?” aku menyoal orang tua itu.

“Tak, pak cik beli di khemah kat sana,” katanya sambil mengarahkan tangan kearah GIANT Senawang.

Aku tahu dia beli buku-buku lama di khemah tepi GIANT. Di situ memang menjual buku-buku lama dengan harga yang sangat murah. Aku kembali ke meja makan. Aku cerita pada suamiku hal tadi dan menyuruh suamiku membeli buku tadi. Suami ku pun memanggil pak cik tu dan membeli buku yang tadi pak cik itu menjual dengan harga RM 10, dia turunkan harga kepada RM 8.

“Pak cik bagi 8 ringgit saja adik, ni buku yang akhir,” kata pak cik tu.

“Kita mesti baca quran sebab quran akan bantu kita dunia dan akhirat,” sambung pak cik tu.

Sekali lagi aku tersentap! Jiwa aku rasa seperti di banting-banting dengan kata-kata pak cik itu. Bagi aku ini adalah teguran dari Allah swt untuk diri aku dan suami. Memang dalam kehidupan zaman sekarang ini tidak ada orang yang akan berkata begitu pada kita. Cakap secara terus (direct) bukan seperti ceramah-ceramah agama, lain bahasanya. Pak cik ini menggunakan bahasa yang sangat direct dan tidak berbunga-bunga seperti pendakwah selebriti yang biasa kita dengar di radio dan di kaca televisyen. Satu pengajaran di malam hari. Kami suami isteri bercadang mahu menghantar pak cik itu pulang ke rumah.

Ringkasan isi buku ini.

Bahagian belakang buku ini.

Kata suami ku, “Mana ada teksi malam-malam macam ni.”

“Pergilah bang, cakap kat pak cik tu kita nak hantar dia balik rumah,” kataku pada suami.

Namun dalam hati terdetik ‘kalau kena tipu tak apalah mungkin kifarah dosa aku’. Suami ku bangun dan menuju ke meja pak cik itu. Dari jauh aku melihat sahaja sambil mengeringkan bahagian kecil niqob aku yang sedikit basah. Pak cik itu menganggukkan kepala dan berbual-bual dengan suamiku. Aku dapat menggagak perbualan mereka. Pak cik itu bersetuju dengan kami untuk menghantarnya pulang ke rumah. Hanya sikit saja yang aku dengar. Aku lihat pak cik itu memberi tahu mahu menghabiskan minumannya. Seketika kemudian aku datang menghampiri mereka.

“Sekejap ya, pak cik nak habiskan air ni,” kata pak cik itu kepada aku.

Aku lihat pak cik itu melipat surat khabar The Star dan memasukan ke dalam beg galas warna hitam miliknya yang di letakkan di atas meja.  Kemudian kami bangun dan berjalan menuju ke kereta. Pak cik itu salam pelanggan yang berada di kedai mamak itu. Aku lihat ada lagi seorang yang membeli buku yang sama. Aku perhatikan tingkah laku pak cik itu. Dia bersungguh-sungguh mengingatkan orang untuk membaca Al-Quran. Tak pernah aku alami pengalaman seperti ini. Kami tunggu pak cik itu. Dia  berjalan sedikit perlahan. Yalah orang tua.

Yang membuatkan aku terdetik untuk mencadangkan pada suamiku untuk menghantar pak cik tu adalah kerana terfikir pak cik itu seorang ayah. Sedih pun ada. Aku tertanya-tanya dalam hati, ‘kenapa anak dia biarkan ayah dia macam ini?’. Kadang-kadang ada sesetengah orang tua tidak mahu menyusahkan anaknya. Aku berbaik sangka. Aku lihat di poket seluar pak cik itu ada kunci beserta tali besi (aku pun tak tahu apa namanya). Aku sangat faham pak cik itu bekas anggota polis. Seperti kebiasaan polis pakai macam-macam aksesori kegunaan mereka. Gayanya smart. Pakai baju kemeja dan seluar slacks bertali pinggang.

Sepanjang berjalan ke kereta, pak cik itu tidak behenti mengucapkan terima kasih dan mendoakan kebahagiaan kami dunia akhirat. Di dalam kereta kami sambung berbual dengan pak cik itu. Dia menceritakan kisahnya sewaktu bertugas sebagai polis zaman dahulu. Cerita bagaimana susahnya hidup zaman jepun.

“Zaman jepun makan ubi saja. Tak ada makanan lain,” katanya.

“Dulu pak cik bertugas melawan komunis. Ramai polis yang mati kena tembak dengan komunis.”

Kami berasa sangat bertuah dapat mendengar pengalaman dari orang seperti pak cik itu. Pak cik itu terselamat dari di bunuh oleh komunis.

“Ada tak orang melayu yang masuk komunis?” soalku ingin tahu lebih dalam.

“Ada tapi sikit saja. Cina ramai masuk komunis,” beritahunya.

“ Oh, sapa tu…? Errr Fatimah Fakeh?” aku meneka.

“Aaa… Syam...Syamsiah Fakeh. Dia tu berasal dari Kuala Pilah juga,” Pak cik itu membetulkan aku.

“Ha.. Syamsiah Fakeh. Oh! Orang Kuala pilah juga. Macam mana Syamsiah Fakeh tu boleh masuk komunis?” soalku lagi.

“Tak tahulah macam mana. Dulu dia orang biasa,” kata pak cik itu seperti ada perkara yang di selindung.

“Pak cik selalu dekat sini kah?” aku bertanya.

“Ya pak cik selalu kat sini, menjual buku tentang Al-Quran dan CD Al-Quran. Kadang-kadang bagi tazkirah agama,” terang pak cik itu.

Isi buku yang sangat menyedarkan jiwa.

Sampai di pintu masuk Lavender Height ada pengawal RELA yang menjaga ketat. Kata pak cik itu dulu ada rompakan rumah di kawasan itu. Pak cik itu menunjukan kami jalan ke rumah anaknya yang dia menetap. Dari dalam kereta aku melihat rumah-rumah banglo yang sangat besar harga jutaan ringgit. Hati terdetik ‘mungkin rumah anak pak cik ni rumah teres biasa’ kerana anaknya hanya guru sekolah rendah di kawasan kami.  Apabila sampai di sebuah banglo dua tingkat yang besar, pak cik itu suruh berhenti.

“Sini… sini rumahnya,” pak cik itu memberi tahu.

“Yang pagar warna coklat inikah pak cik?” soal ku.

“Ya, yang ini,” beritahunya.

Suami ku memberhentikan kereta dan pak cik itu membuka pintu. Aku turun membantu pak cik itu. Pak cik itu tidak behenti mendoakan kami. Aku membantunya membuka pagar rumah. Aku lihat rumah yang besar itu sudah gelap. Aku perasan ada kereta mewah di garaj. Tak ku sangka anak pak cik itu adalah orang kaya. Rasa pelik pun ada.

“Siapa nama adik?” soal pak cik itu kepada aku.

“Nama saya Ain.” Aku menjawab dengan tenang.

Sewaktu pak cik itu mahu masuk ke dalam kawasan rumah, aku pun membuka pintu kereta. Tiba-tiba dia berhenti dari menutup pagar dan bertanya,

“Siapa nama adik?” dia betanya kepada suamiku pula.

“Hisyam,” jawab suamiku.

“Ain dengan Hisyam lain kali datanglah ke rumah pak cik.” Dia menjemput kami.

“Insyallah pak cik,” kami membalas.

“Terima kasih hantar pak cik balik rumah,” katanya lagi.

Setelah pak cik itu masuk ke dalam, kami pun beredar. Kami lupa untuk bertanya siapa nama pak cik itu. Di dalam perjalan pulang ke rumah kami, suamiku memberitahu pencen pak cik itu sebagai polis zaman jepun dan komunis sangat sikit. Lebih-lebih lagi pak cik itu bertugas bahagian semboyan (operasi besar). Aku sangat kagum, pak cik itu mempunyai ingatan yang kuat. Mungkin dia banyak membaca Al-Quran. Salah satu kelebihan rajin membaca Al-Quran adalah kuat ingatan dan tidak nyanyuk. Sama seperti nenekku yang usia sudah mencecah 90 tahun yang tidak nyanyuk. Nenekku memang hobinya membaca Al-Quran.

Sampai di rumah aku membuka buku tadi, FALSAFAH AL-QURAN. Memang susah nak jumpa buku bertajuk begini di dunia komersial sekarang. Isi buku ini sangat bagus. Buku ini mempunyai 5 BAB. Bab pertama tajuknya ‘Al-Quran dan Masyarakat Diajak Mengikutinya’. Bab kedua, ‘Karekter Al-Quran Mengajak Berfalsafah’. Bab tiga, ‘Dzat dan Sifat-Sifat Allah’. Bab empat, ‘Keadilan Allah’ dan bab lima yang terakhir ‘Kesimpulan dan Penutup’. Buku ini cukup memotivasi jiwa-jiwa yang lemah dari mentaati perintah Allah dan membentuk pemahaman dari perspektif lain tentang Al-Quran. Juga menunjukan jalan mengenali Allah.

Salah satu bab dalam buku ini.

Memang benar-benar ini mesej dari Allah khas untuk kami. Terutama sekali aku. Dalam dunia yang serba moden, aku sangat sibuk dengan teknologi dan memikirkan soal duit. Memang aku membaca Al-Quran, tapi sejauh mana Al-Quran itu berkesan kepada kami suami isteri dan membentuk kehidupan kami.

Al-Quran makna HADIAH PERKAHWINAN dari suamiku.

Yang membuatkan aku sangat tersentuh dengan pak cik itu adalah 
“Dia Seorang Ayah”.

Rasa bagaikan mahu menitis air mata.  Tak sempat aku ucapkan ‘Selamat Hari Bapa’ kepada pak cik itu.
Semoga Allah sentiasa menemukan kami dengan pak cik itu selalu. Rasa rindu pun ada walaupun baru sebentar tadi kami berjumpa.

Allahua’lam.



Tuesday, June 4, 2013

BIDADARI ANGGUN : JODOH DARI ALLAH


Bismillah... Assalamualaikum w.b.t...
Haiiiii.... Followers, Circles, & Friends.... I miss you like crazy!

Mari muhasabah diri dalam topik,

Bidadari Anggun : Jodoh Dari Allah

Setiap detik dan saat kita sentiasa berdoa kepada Allah Taala agar memberi yang terbaik dalam hidup kita. Ada sebahagian gadis-gadis bidadari memilih perhubungan cinta sebelum berkahwin. Wahai bidadari perhubungan cinta sebelum nikah itu  adalah sangat tidak di galakkan oleh Allah swt. Hari ini Sis Ain Melur ingin menceritakan pengalaman sendiri dalam menemukan cinta sejati.


Memang benar semasa bujang semua bidadari anggun merasa sunyi, sedih dan pilu kerana hidup sendiri. Oleh kerana itu ramai gadis-gadis bidadari memilih untuk mencari teman istimewa untuk memenuhi ruang kosong yang ada di dalam hati. Saat itu kita hanya memikirkan soal keseronokan sahaja. Tetapi kita tidak memikirkan soal maruah ibu bapa, maruah keluarga dan harga diri. 

Saya juga pernah berfikir begitu. Mahu sahaja ikutkan hati mencari teman lelaki atau pun boyfriend. Tapi apabila mengingatkan ibu ayah yang telah melahirkan kita dan menjaga kita sedari bayi. Saya selalu melupakan niat untuk ada teman lelaki inikan ingin keluar 'berdating'. Memang tidak di nafikan hati berbolak-balik, melonjak-lonjak ingin merasa 'dating'. Iyalahkan?? Hati remaja yang panas sentiasa ingin melakukan sesuatu yang tidak pernah kita lakukan. 

Sewaktu saya masih bersekolah menengah, saya sudah membuat keputusan tidak mahu keluar dengan lelaki bukan mahram berdua-duaan atau bahasa mudahnya 'dating'. Pada prinsip saya, saya mahu menjaga kehormatan dan menjaga maruah ibu dan ayah. Lebih-lebih lagi ibu dan ayah saya telah meninggal dunia ketika itu. Rasa sayang yang amat kuat jadi benteng pertahanan kepada saya daripada melakukan maksiat.

Namun remaja tidak lekang dengan pelbagai cubaan untuk berkawan berlainan jantina. Saya gemar 'penpal' dan berkenalan dengan orang baru. Samada dalam majalah atau internet. Tapi dalam banyak-banyak orang saya hanya 'lekat' dengan seorang rakan yang baik (lelaki). Kami hanya berutus surat dan emel. Dia seorang yang baik. Pada waktu zaman sekolah menengah atas, dia yang sedang belajar di salah satu IPTA sentiasa mendorong saya untuk belajar bersungguh-sungguh. Hinggakan apabila saya bercerita tentang hal dia, rakan saya menjadi tertarik dengan peribari yang di tunjukan. Saya sangat termotivasi oleh beliau. Nak tahu kisah selanjutnya???

Ku Sangka Dia Jodoh Ku

Saya benar jatuh hati padanya. Dan kerana saya tidak menjaga kesucian hati, saya larut dalam perhubungan yang tidak pasti. Kadangkala saya bertanya pada diri sendiri "Diakah insan istimewa yang bakal menjadi teman hidupku?". Persoalan ini membuatkan saya di lambung ombak rindu yang tidak halal. Ketika itu saya tidak terfikir perlakuan saya ini hanya buang masa dan mengotorkan jiwa kerana memberi ruang kepada cinta yang haram. Cuma yang saya bersyukur, saya melakukan anjakan paradigma rohani di atas dorongan dia walaupun saya tidak pernah bersemuka dengan dia hingga ke hari ini.

Perasaan yang berbolak-balik, bagai ombak menghempas pantai itu mendorong saya untuk istikharah pada usia 16 tahun (tingkatan 4). Setelah beberapa kali saya istikharah, akhirnya pada suatu malam saya bermimpi saya bejalan dengan seorang lelaki yang kurus dan kulitnya sederhana cerah, berjalan di bahu jalan di hadapan rumah saya dengan kepala saya di bahu lelaki itu dan dia memeluk saya. Dan saya menafsirkan sendiri mimpi itu. Dialah jodohku. 

Rancangan Allah Sangat Hebat 

Terbawa angan-angan dan kenangan hingga saya memasuki IPTA tetapi ombak dah beralih arah. Ketika di semesta 1 saya masih lagi berkawan dengan dia. Namun saya terkesima dengan sesusuk tubuh dan saya bagaikan terpana. Berulang-ulang kali saya berkata pada diri saya " Macam pernah tengoklah orang ni...". Saya selalu berselilsih dengan pelajar lelaki ini. Kadang-kadang dia pandang saya. Tetapi dia tidak pernah menegur sapa saya. 

Pulang ke rumah sewa (semesta 2), saya mengajukan hal ini pada kakak senior saya. Senior saya selah-olah tidak suka. Maklumlah dia alim sikit. Berlanjutan hingga ke semesta 5. Ada seorang kawan saya (lelaki) selalu mengusik saya dengan pelajar lelaki yang selalu saya selisih tu. Kawan saya memberi tahu nama saya kepada pelajar lelaki itu dan memberitahu saya nama pelajar lelaki itu. Saya hanya senyum. Waktu menuntut di IPTA saya seorang yang tegas dan garang. Ramai yang tidak berani kepada saya.Termasuklah pelajar lelaki tersebut. Saya menjaga adab pergaulan antara lelaki dan perempuan, pandangan mata pun di teduhkan. Tapi saya memang terasa ada magnet antara saya dan pelajar lelaki tersebut.

Saya membiarkan sahaja hal ini hingga tamat pengajian. Rancangan Allah memang hebat!!! Kadang-kadang saya terfikir tentang dia, cuma saya biarkan sahaja. Pada hari konvokesyen pun pelajar lelaki tersebut memandang saya. Tapi saya tidak layan. Saya tegas, saya akan terima orang yang berterus terang dengan saya dan keluarga saya. Saya terus istikharah dan tahajud memohon pertunjuk dari Allah swt tentang cinta. Pelbagai dugaan saya lalui perihal jodoh. 

iNiLaH dIa

Facebook Menghubungkan Kami

Cerita kami tidak berlalu begitu sahaja. Setelah bekerja, saya mula aktif di facebook yang ketika itu baru 'meletup' di Malaysia. Maka saya dapat menghubungi kawan-kawan lama termasuklah pelajar lelaki tersebut melalui facebook kawan IPTA yang suka mengusik saya. Tapi hanya ada beberapa sahaja mesej di facebook dan kami hanya berbicara tentang jemaah. Dia seorang yang pemalu dan pendiam. Namun berilmu orangnya. Setahun kami tidak berhubung. Hinggakan saya sudah putus asa. "Sudahlah kalau kau tak nak dengan aku terpulanglah," bicara hati saya. Tidak pernah rasa putus asa dengan jodoh sebelum ni, saya terus menjadi murung. 

Mimpi lagi, kali ini mimpi waktu qoilulah (tidur sebelum zuhur). Saya bermimpi bertemu dengan arwah ibu. Arwah ibu mengatakan dia telah memilih jodoh untuk saya. Dalam mimpi tu saya saya melihat lelaki memakai kain pelikat dan mengejutkan saya untuk solat. Mimpi dalam bulan Syaaban. Pada akhir bulan Ramadhan saya munajat lagi. Kali ini saya 'all-out', solat hajat sungguh-sungguh 12 rakaat dengan satu permintaan sahaja iaitu JODOH DARI ALLAH.

Pada bulan Syawal berlaku kejaiban. Tiba-tiba dia (pelajar lelaki) mesej saya di facebook, bertanyakan itu ini. Mula-mula saya malas nak layan, namun apabila teringat nasihat Ustaz saya agar memberi peluang kepada lelaki untuk meluahkan dan berkenalan, saya terus bertanya dan berlapang dada. Saya uji dia, saya beri nombor handset. Nak tengok sejauh mana dia serius untuk berkenalan dengan saya. Tidak disangka-sangka, dia menghantar mesej, saya tidak menjawab. Kemudian dia miss call, saya tidak jawab. Tapi dia tidak berputus asa, dia tetap menghantar mesej. Keesokan harinya saya membalas mesej.

Jodoh Yang Tidak Dapat Ku Lari

Dalam masa beberapa hari sahaja berkenalan secara terus, dia sudah menyatakan hasratnya ingin mempunyai isteri dalam usia 25 tahun. Pada waktu itu kami berusia 24 tahun. Saya selalu saja menafikan macam-macam kepada dia. Saya memberi alasan mahu sambung belajarlah, mahu berjaya dalam perniagaan lah dan macam-macam alasan lagi. Tapi dia tidak pernah berganjak. Dia tetap menghantar sms. Pada masa itu saya istikharah setiap malam. Saya menangis semahunya di atas sejadah. Saya memberitahu dia yang saya tidak mahu ada hubungan dengannya. Tapi hati berasa berat. Saya menangis memohon pertolongan dari Allah swt agar di beri petunjuk. 

Dia terus sms saya tanpa henti dia beri pelbagai jawapan dan alasan untuk terus menghubungi saya. Kali ini saya betul-betul tidak mampu menolak insan yang bernama lelaki. Setelah seminggu saya mempertimbangkan, saya buat keputusan untuk menerima dia. Kami pun berkenalan satu sama lain dan mengetahui latar belakang keluarga. Enam bulan selepas itu kami bertunang. Alhamdulillah segalanya cepat dan lancar. Tidak di sangka-sangka. Kawan-kawan pun tidak sangka. Ada yang kata "Tak da angin, tak da ribut, tiba-tiba saja nak kawin!". Kelakar dengan reaksi kawan-kawan saya.

 Sudah tertulis di Lauhul Mahfuz

Jodoh Dari Allah

Setelah enam bulan bertunang, Allah mengikat kami dengan ikatan pernikahan. Cinta kami menjadi halal.  Segala kepiluan, kesunyian, dan kesedihan saya sudah berlalu. Dalam kehidupan berumah tangga saya selalu merenung dan berkata "Saya memang dijadikan untuk dia". Rupanya banyak persamaan antara saya dan dia. Dari selera makan, kereta, pakaian dan barangan rumah kami selalu sama. Dan saya bersyukur Allah memelihara saya daripada hubungan yang membawa kepada zina. Alahmdulillah, puji-pujian untuk Yang Maha Pencinta yang sentiasa mendengar doa saya.  Saya sentiasa memohon semoga di kurniakan JODOH DARI ALLAH. Allah memang merancang dia untuk saya. Moga-moga cinta belandaskan Allah ini akan kekal hingga ke syurga.

Cinta sampai ke syurga.

Tuesday, May 28, 2013

Petikan Fesyen Coco Chanel 1

Bismillah...Assalamualaikum...
Hai followers, circles, & friends!!! Sis ada sesuatu yang ingin di kongsikan kepada bidadari muslimah yang sangat meminati fesyen. Oh apa tu?!!

Coco Chanel Quotes

Alhamdulillah Sis telah alih bahasa dan edit bersama gambar muslimah. Khas untuk semua bidadari anggun yang rajin membaca blog Sis.  

#Quotes 1#


#Quotes 2#


#Quotes 3#


Nantikan sambungan petikan fesyen dari 
Coco Chanel istimewa buat bidadari muslimah anggun. 

^___^ Senyum

Sebarang cadangan anda boleh emel saya bidadari4187@gmail.com 
atau 
melalui facebook Sis Ain Melur 
atau 
twitter Sis Ain Melur
#klik sahaja pada link#