Bismillah... Assalamualaikum w.b.t...
Haiiiii.... Followers, Circles, & Friends.... I miss you like crazy!
Mari muhasabah diri dalam topik,
Bidadari Anggun : Jodoh Dari Allah
Setiap detik dan saat kita sentiasa berdoa kepada Allah Taala agar memberi yang terbaik dalam hidup kita. Ada sebahagian gadis-gadis bidadari memilih perhubungan cinta sebelum berkahwin. Wahai bidadari perhubungan cinta sebelum nikah itu adalah sangat tidak di galakkan oleh Allah swt. Hari ini Sis Ain Melur ingin menceritakan pengalaman sendiri dalam menemukan cinta sejati.
Memang benar semasa bujang semua bidadari anggun merasa sunyi, sedih dan pilu kerana hidup sendiri. Oleh kerana itu ramai gadis-gadis bidadari memilih untuk mencari teman istimewa untuk memenuhi ruang kosong yang ada di dalam hati. Saat itu kita hanya memikirkan soal keseronokan sahaja. Tetapi kita tidak memikirkan soal maruah ibu bapa, maruah keluarga dan harga diri.
Saya juga pernah berfikir begitu. Mahu sahaja ikutkan hati mencari teman lelaki atau pun boyfriend. Tapi apabila mengingatkan ibu ayah yang telah melahirkan kita dan menjaga kita sedari bayi. Saya selalu melupakan niat untuk ada teman lelaki inikan ingin keluar 'berdating'. Memang tidak di nafikan hati berbolak-balik, melonjak-lonjak ingin merasa 'dating'. Iyalahkan?? Hati remaja yang panas sentiasa ingin melakukan sesuatu yang tidak pernah kita lakukan.
Sewaktu saya masih bersekolah menengah, saya sudah membuat keputusan tidak mahu keluar dengan lelaki bukan mahram berdua-duaan atau bahasa mudahnya 'dating'. Pada prinsip saya, saya mahu menjaga kehormatan dan menjaga maruah ibu dan ayah. Lebih-lebih lagi ibu dan ayah saya telah meninggal dunia ketika itu. Rasa sayang yang amat kuat jadi benteng pertahanan kepada saya daripada melakukan maksiat.
Namun remaja tidak lekang dengan pelbagai cubaan untuk berkawan berlainan jantina. Saya gemar 'penpal' dan berkenalan dengan orang baru. Samada dalam majalah atau internet. Tapi dalam banyak-banyak orang saya hanya 'lekat' dengan seorang rakan yang baik (lelaki). Kami hanya berutus surat dan emel. Dia seorang yang baik. Pada waktu zaman sekolah menengah atas, dia yang sedang belajar di salah satu IPTA sentiasa mendorong saya untuk belajar bersungguh-sungguh. Hinggakan apabila saya bercerita tentang hal dia, rakan saya menjadi tertarik dengan peribari yang di tunjukan. Saya sangat termotivasi oleh beliau. Nak tahu kisah selanjutnya???
Ku Sangka Dia Jodoh Ku
Saya benar jatuh hati padanya. Dan kerana saya tidak menjaga kesucian hati, saya larut dalam perhubungan yang tidak pasti. Kadangkala saya bertanya pada diri sendiri "Diakah insan istimewa yang bakal menjadi teman hidupku?". Persoalan ini membuatkan saya di lambung ombak rindu yang tidak halal. Ketika itu saya tidak terfikir perlakuan saya ini hanya buang masa dan mengotorkan jiwa kerana memberi ruang kepada cinta yang haram. Cuma yang saya bersyukur, saya melakukan anjakan paradigma rohani di atas dorongan dia walaupun saya tidak pernah bersemuka dengan dia hingga ke hari ini.
Perasaan yang berbolak-balik, bagai ombak menghempas pantai itu mendorong saya untuk istikharah pada usia 16 tahun (tingkatan 4). Setelah beberapa kali saya istikharah, akhirnya pada suatu malam saya bermimpi saya bejalan dengan seorang lelaki yang kurus dan kulitnya sederhana cerah, berjalan di bahu jalan di hadapan rumah saya dengan kepala saya di bahu lelaki itu dan dia memeluk saya. Dan saya menafsirkan sendiri mimpi itu. Dialah jodohku.
Rancangan Allah Sangat Hebat
Terbawa angan-angan dan kenangan hingga saya memasuki IPTA tetapi ombak dah beralih arah. Ketika di semesta 1 saya masih lagi berkawan dengan dia. Namun saya terkesima dengan sesusuk tubuh dan saya bagaikan terpana. Berulang-ulang kali saya berkata pada diri saya " Macam pernah tengoklah orang ni...". Saya selalu berselilsih dengan pelajar lelaki ini. Kadang-kadang dia pandang saya. Tetapi dia tidak pernah menegur sapa saya.
Pulang ke rumah sewa (semesta 2), saya mengajukan hal ini pada kakak senior saya. Senior saya selah-olah tidak suka. Maklumlah dia alim sikit. Berlanjutan hingga ke semesta 5. Ada seorang kawan saya (lelaki) selalu mengusik saya dengan pelajar lelaki yang selalu saya selisih tu. Kawan saya memberi tahu nama saya kepada pelajar lelaki itu dan memberitahu saya nama pelajar lelaki itu. Saya hanya senyum. Waktu menuntut di IPTA saya seorang yang tegas dan garang. Ramai yang tidak berani kepada saya.Termasuklah pelajar lelaki tersebut. Saya menjaga adab pergaulan antara lelaki dan perempuan, pandangan mata pun di teduhkan. Tapi saya memang terasa ada magnet antara saya dan pelajar lelaki tersebut.
Saya membiarkan sahaja hal ini hingga tamat pengajian. Rancangan Allah memang hebat!!! Kadang-kadang saya terfikir tentang dia, cuma saya biarkan sahaja. Pada hari konvokesyen pun pelajar lelaki tersebut memandang saya. Tapi saya tidak layan. Saya tegas, saya akan terima orang yang berterus terang dengan saya dan keluarga saya. Saya terus istikharah dan tahajud memohon pertunjuk dari Allah swt tentang cinta. Pelbagai dugaan saya lalui perihal jodoh.
iNiLaH dIa
Facebook Menghubungkan Kami
Cerita kami tidak berlalu begitu sahaja. Setelah bekerja, saya mula aktif di facebook yang ketika itu baru 'meletup' di Malaysia. Maka saya dapat menghubungi kawan-kawan lama termasuklah pelajar lelaki tersebut melalui facebook kawan IPTA yang suka mengusik saya. Tapi hanya ada beberapa sahaja mesej di facebook dan kami hanya berbicara tentang jemaah. Dia seorang yang pemalu dan pendiam. Namun berilmu orangnya. Setahun kami tidak berhubung. Hinggakan saya sudah putus asa. "Sudahlah kalau kau tak nak dengan aku terpulanglah," bicara hati saya. Tidak pernah rasa putus asa dengan jodoh sebelum ni, saya terus menjadi murung.
Mimpi lagi, kali ini mimpi waktu qoilulah (tidur sebelum zuhur). Saya bermimpi bertemu dengan arwah ibu. Arwah ibu mengatakan dia telah memilih jodoh untuk saya. Dalam mimpi tu saya saya melihat lelaki memakai kain pelikat dan mengejutkan saya untuk solat. Mimpi dalam bulan Syaaban. Pada akhir bulan Ramadhan saya munajat lagi. Kali ini saya 'all-out', solat hajat sungguh-sungguh 12 rakaat dengan satu permintaan sahaja iaitu JODOH DARI ALLAH.
Pada bulan Syawal berlaku kejaiban. Tiba-tiba dia (pelajar lelaki) mesej saya di facebook, bertanyakan itu ini. Mula-mula saya malas nak layan, namun apabila teringat nasihat Ustaz saya agar memberi peluang kepada lelaki untuk meluahkan dan berkenalan, saya terus bertanya dan berlapang dada. Saya uji dia, saya beri nombor handset. Nak tengok sejauh mana dia serius untuk berkenalan dengan saya. Tidak disangka-sangka, dia menghantar mesej, saya tidak menjawab. Kemudian dia miss call, saya tidak jawab. Tapi dia tidak berputus asa, dia tetap menghantar mesej. Keesokan harinya saya membalas mesej.
Jodoh Yang Tidak Dapat Ku Lari
Dalam masa beberapa hari sahaja berkenalan secara terus, dia sudah menyatakan hasratnya ingin mempunyai isteri dalam usia 25 tahun. Pada waktu itu kami berusia 24 tahun. Saya selalu saja menafikan macam-macam kepada dia. Saya memberi alasan mahu sambung belajarlah, mahu berjaya dalam perniagaan lah dan macam-macam alasan lagi. Tapi dia tidak pernah berganjak. Dia tetap menghantar sms. Pada masa itu saya istikharah setiap malam. Saya menangis semahunya di atas sejadah. Saya memberitahu dia yang saya tidak mahu ada hubungan dengannya. Tapi hati berasa berat. Saya menangis memohon pertolongan dari Allah swt agar di beri petunjuk.
Dia terus sms saya tanpa henti dia beri pelbagai jawapan dan alasan untuk terus menghubungi saya. Kali ini saya betul-betul tidak mampu menolak insan yang bernama lelaki. Setelah seminggu saya mempertimbangkan, saya buat keputusan untuk menerima dia. Kami pun berkenalan satu sama lain dan mengetahui latar belakang keluarga. Enam bulan selepas itu kami bertunang. Alhamdulillah segalanya cepat dan lancar. Tidak di sangka-sangka. Kawan-kawan pun tidak sangka. Ada yang kata "Tak da angin, tak da ribut, tiba-tiba saja nak kawin!". Kelakar dengan reaksi kawan-kawan saya.
Sudah tertulis di Lauhul Mahfuz
Jodoh Dari Allah
Setelah enam bulan bertunang, Allah mengikat kami dengan ikatan pernikahan. Cinta kami menjadi halal. Segala kepiluan, kesunyian, dan kesedihan saya sudah berlalu. Dalam kehidupan berumah tangga saya selalu merenung dan berkata "Saya memang dijadikan untuk dia". Rupanya banyak persamaan antara saya dan dia. Dari selera makan, kereta, pakaian dan barangan rumah kami selalu sama. Dan saya bersyukur Allah memelihara saya daripada hubungan yang membawa kepada zina. Alahmdulillah, puji-pujian untuk Yang Maha Pencinta yang sentiasa mendengar doa saya. Saya sentiasa memohon semoga di kurniakan JODOH DARI ALLAH. Allah memang merancang dia untuk saya. Moga-moga cinta belandaskan Allah ini akan kekal hingga ke syurga.
Cinta sampai ke syurga.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar..
ReplyDeleteSemoga Allah merahmati baitul muslim Ain dan Arif :)
Tersentuh akk baca kisah Ain, semoga kisah Ain menjadi inspirasi buat semua wanita yang masih mencari cinta yang HALAL :)
Barakallah!
Alhamdulillah terima kasih khaulah azwar. Jazakallah.
DeleteSeluruh hambaNya telah tertulis jodoh masing-masing,
ReplyDeleteBagi lelaki yang soleh InsyaAllah pasangannya muslimah solehah
Bagi lelaki yang jahat maka jodohnya perempuan yang jahat.
Sama-sama berdoa agar terpelihara dari nahi mungkar semoga kebahagiaan jodoh dunia dan akhirat bahagia selamanya, Amin.
betul tu..
DeleteWah :D Allahuakhbar! Sebaik2 perancangan adalah perancangan Allah :) Semoga hubungan kamu berdua kekal hingga ke Jannah ^_^ Ameenn.. :'D #Barakallah
ReplyDelete