expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, June 13, 2013

KASUT WEDGES ISTIMEWA BUAT MUSLIMAH

Bismillah... Assalamualaikum WBT..
Hai circles, followers, & friends. Apa khabar??

Sudah lama Sis teringin nak cerita pada anda semua Bidadari Muslimah Anggun tentang topik ini. Ramai yang masih berpendirian bahawa muslimah tidak boleh mengayakan kasut yang mempunyai pelbagai rekaan. Ramai juga menghadkan fesyen kasut mereka. Apa salahnya kalau sekali sekala kita memakai sesuatu luar dari kebiasaan? Betul tak? Anda berhak untuk kelihatan cantik dan hebat!!!

Jom Tengok Wedges Yang Sesuai Untuk Muslimah!!

Syarat utama bagi muslimah untuk memakai wedges adalah seperti berikut:-

  • Memilih kasut wedges yang tidak terlalu tinggi.
  • Tidak memilih warna yang terang.
  • Jenis material yang halal (bukan kulit anjing atau khinzir)
  • Memakai stokin aurat.

Kasut Muse Wedges - Istilah ini adalah dari istilah fesyen iaitu kasut wedges yang bertali. Muslimah boleh gayakanya dengan pakaian kasual. Walaupun memakai setokin aurat, bidadari muslimah akan kelihatan menawan.


Kasut Wedges Open Toe - Istilah open toe adalah dari rekaan kasut wedges ini yang terbuka sedikit di hadapanya. Boleh juga di gayakan bila ke pejabat atau bagi bidadari muslimah yang masih study, boleh juga pakai ketika menghadiri kuliah. Selain itu and boleh memakainya ke majlis-majlis istimewa.






Kasut Pump Wedges - Kasut wedges yang penuh. Sesuai di gayakan di majlis-majlis formal dan ke pejabat. 




Kasut Wedges Boot - Sangat sesuai di pakai waktu sejuk. Boleh di gayakan dengan jubah denim, blouse, seluar, jaket, skirt dan dress. Ianya ringkas dan lasak.




Jangan cuba yang ini!!! - Terlalu tinggi dan menyakitkan kaki.




~Selamat Mencuba~

5 comments:

  1. Thanks Ain! sangat suka dgn post ni, akk dpt bnyk info utk menggayakan fesyen muslimah :)
    Barakallah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Thanks Sis Khaulah sebab rajin view blog saya :)...

      Delete
  2. salam sis..thx 4 d info..wedges coklat yg mcm boot tu kt mne ade ye?minat sgt yg pattern cmtu..klu awk tau..do tell me ya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you zati rajin view blog sis. Utk design kasut yg mcm ni byk ada di butik-butik kasut. Tapi kedai kasut biasa tak ada. Kalau rajin cari di KL. Di KL banyak koleksi kasut wedges yang cantik-cantik dengan pilihan yang lebih banyak. Setakakt ni Sis jumpa wedges yang paling menarik di Mid Valley Mega Mall dengan harga RM400 ke atas.Tp ada juga harga yang biasa bawah RM 100. ^___^

      Delete
  3. Assalam..betul tu...muslimah boleh gayakan jnji menepati yg sesuai untuk diri....lawa yg ala ala.boot...

    ReplyDelete