Bismillah... Assalamualaikum...
Hai, apa khabar followers, circleS, & friends? Sis ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembaca blog Sis. Anda adalah INSAN-INSAN HEBAT yang sudi view blog Sis. Sis ada topik khas buat anda semua BIDADARI SYURGA ^___^ Topik ape tu? Haaa...
Baik, siapakah BIDADARI SYURGA itu? Sudah tentulah anda yang bergelar muslimah.
Apakah Sebenarnya Aurat?
Aurat dari segi bahasa adalah hodoh. Dari segi syarak bermaksud bahagian anggota yang perlu di tutup & di sembunyikan dari pandangan bukan mahram. Dan hukumnya haram jika membuka aurat kepada bukan mahram. Wajib bagi setiap orang Islam menutup auratnya.
Firman Allah SWT:-
Hai, apa khabar followers, circleS, & friends? Sis ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembaca blog Sis. Anda adalah INSAN-INSAN HEBAT yang sudi view blog Sis. Sis ada topik khas buat anda semua BIDADARI SYURGA ^___^ Topik ape tu? Haaa...
Wahai Bidadari Aurat Itu Permata
Baik, siapakah BIDADARI SYURGA itu? Sudah tentulah anda yang bergelar muslimah.
Apakah Sebenarnya Aurat?
Aurat dari segi bahasa adalah hodoh. Dari segi syarak bermaksud bahagian anggota yang perlu di tutup & di sembunyikan dari pandangan bukan mahram. Dan hukumnya haram jika membuka aurat kepada bukan mahram. Wajib bagi setiap orang Islam menutup auratnya.
DALIL
Firman Allah SWT:-
"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (Surah Al-A’raaf : Ayat 26)"
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan." (An-Nur:30)
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (An-Nur:31)
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Al-Ahzab:59)
Sabda Rasulullah SAW:-
"Jika salah seorang kamu mengahwinkan hamba lelakinya kepada hamba perempuannya atau kepada pekerjanya, maka janganlah hamba perempuan itu memandang kepada sesuatu dari ‘auratnya (‘aurat tuannya). Maka sesungguhnya apa yang di bawah pusat sehingga lututnya adalah ‘aurat."
(Hadis Riwayat al-Baihaqi)
Dari Bahz Bin Hakim, dari ayahnya, dari datuknya ia berkata: "Ya Rasulullah, mana aurat-aurat yang harus kami tutup dan kami biarkan?" Rasulullah SAW menjawab: "Kalau engkau dapat yang sekira seorang itu pun tidak melihatnya, maka janganlah sekali-kali ia melihatanya." Aku bertanya: "Bagaimana kalau salah seorang itu kami sendiri?" Rasulullah menjawab: "Allah itu berhak di malui."
(Hadith Riwayat Imam Yang Lima kecuali Nasaie)
Bagaimana Yang Di Katakan Menutup Aurat?
Aurat itu sangat mudah di fahami dan mudah untuk kita tutupi. Caranya, anda semua perlu mengenal pasti bahagian anggota aurat. Iaitu bagi bidadari muslimah seluruh tubuh kecuali muka & tapak tangan. Manakala bagi wildan muslimin (lelaki) dari atas pusat hingga bawah lutut. Cuma ada pendapat yang mengatakan wildan muslimin perlu menutup bahagian badan yang lain juga.
Ada juga bidadari muslimah yang memakai pakaian yang menutup bahagian anggota yang di maksudkan tetapi pakaiannya agak ketat & tudung tidak menutup dada. Cara pemakaian ini masih tidak memenuhi syarat menutup aurat. Hendaklah bepakaian longgar, tudung menutupi dada, tudung tidak mempamerkan bentuk leher & tudung tidak mempunyai sanggul yang tinggi. Selain itu bidadari muslimah perlulah memastikan pakaian anda tidak jarang. Tidak lupa juga memakai stokin bila keluar rumah.
Apa itu permata?
Pasti ramai yang bertanyakan apa kaitannya aurat dan permata? Permata adalah sejenis batu berlian yang TERSIMPAN lama yang SANGAT BERHARGA. Ia perlu dijaga rapi dalam bekas khas & tidak boleh di pamerkan di merata tempat. Hanya tempat yang istimewa sahaja boleh di pamerkan. Begitulah kiasan aurat bidadari muslimah. Memilih pakaian yang istimewa untuk menutup aurat adalah satu kewajipan. Apabila sampai waktunya bidadari semua bolehlah mempamerkan anggota tubuh aurat kepada insan istimewa iaitu suami. Walaupun bidadari muslimah semua memakai pakaian yang seksi.
"Wahai bidadari muslimah anggun, aurat adalah permata yang perlu di hiasi dengan pakaian dari syurga"
Terima kasih daun keladi, Kalau sudi baca lagi.
Jangan lupa untuk tinggalkan komen.
Sebarang cadangan anda boleh emel sayabidadari4187@gmail.com
atau
melalui facebook Sis Ain Melur
atau
twitter Sis Ain Melur
#klik sahaja pada link#
No comments:
Post a Comment