As-Salam. Satu segmen mudah ringkas untuk mereka yang mahu buat blogwalking secara teratur semasa waktu sahur. Aha, saya pasti ramai yang mungkin mahu layan blogwalking time sahur ni. Untuk itu, saya mudahkan kerja sambil membina rangkaian kenalan baru dunia blog Malaysia.
OhBlogger - Segmen Blogwalking Singgah Sahur
Untuk segmen ini, anda tidak diwajibkan buat entri, apa yang anda perlu lakukan hanyalah letakkan badge kecil molek yang akan disediakan di sidebar blog anda, dan link kepada entri ini (kod html sudah tersedia). Itu sahaja. Dan anda perlu isi borang yang disediakan. In Sha Allah, setiap hari, di waktu sahur sepanjang Ramadan 1434H ini, saya akan menyenaraikan sebanyak 5 (min) - 10 (maks)blog-blog dengan headernya sekali untuk anda singgah, lawat, terjah, ucap salam singgah sahur dan apa-apa sahajalah sebagai tanda salam persahabatan atas sebab segmen ini.
Terpulang pada diri anda, samada mahu follow, klik +1 atau Facebook Like blog berkenaan, janji sebagai salah seorang peserta segmen ini, anda mestilah sama-sama memeriahkan Segmen Blogwalking Singgah Sahur.
Amacam? Mudah je kan?
Tarikh Tutup Join Segmen: 15 Julai 2013
Tujuan Segmen
Tujuan tak ada lain, hanya mahu memeriahkan suasana dunia blog ketika waktu sahur. Penyenaraian pula saya buat tak lebih daripada 10 agar anda ada masa kemudiannya untuk persiapkan diri dengan amalan baik yang lain, dan tentunya untuk membantu anda agar sahur tidak melepasi waktu suboh. Dan pastinya adalah untuk mengeratkan ukhwah sesama blogger Malaysia, selain daripada membantu mempromosikan blog-blog rakan blogger terutama blogger baru.
Badge Segmen Blogwalking Singgah Sahur
Ok, ini badge yang perlu anda letakkan di sidebar blog anda sepanjang berlangsungnya Segmen Blogwalking Singgah Sahur ini (sebulan Ramadan).
No comments:
Post a Comment