expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, May 24, 2013

Dress Perkahwinan Saya

Bismillah...Assalamualaikum...

Hai followers, circles, & friends!!! Miss you soooo Much!!! Lamakan dah tak update blog??? Hehehe

Ok, boleh tak Sis Ain Melur nak berkongsi cerita & kenangan? Kenangan ape?
Kenangan majlis perkahwinan Sis. Semoga kawan-kawan semua mendapat manfaat daripada perkongsian saya :)


Pada 25 November 2012 Sis telah sah menjadi isteri kepada Harif Hisyam Bin Mohd Salim.  Segala persiapan alhamdulillah berjalan lancar dan 70% kami (saya dan suami) yang uruskan sendiri. Daripada sewa chalet, makan, hantaran, baju kahwin, kad kahwin, bunting & lain-lain lagi. Semuanya berjumlah lebih kurang RM5600 dengan tetamu 300 orang.

Murahkan? Sis mengambil jalan tengah bagi menyelsaikan persoalan bab kahwin. Di bawah ni ade senarai perinciannya:-


  • Sewa chalet (makan, khemah, bilik pengantin)  -RM 3500
  • Giftdoor                                                       -RM 400
  • Hantaran                                                      -RM 300
  • Bahan baju pengantin lelaki & perempuan      -RM 300
  • Kad kawin (customade 200pieces)                 -RM 240
  • Kasut pengantin perempuan                           -RM 169
  • Kasut pengantin lelaki                                    -RM 170
  • Make-up & sewa dulang hantaran                  -RM 180
  • Tempah baju pengantin lelaki                         -RM 120
  • Lain-lain                                                       -RM 200
Saya hanya mengadakan majlis kecil-kecilan sahaja. Ramai yang bertanya tak ada pelaminkah? Sikit sahaja jemputannya? Lalu saya menjawab, "Saya mengutamakan apa yang utama". Ramai yang terdiam. Pada saya ikut ajaran agama lebih mudah & juga berkat. Tak perlu bermewah-mewah, bermegah-megah & membazir. Yang penting tetamu di raikan & pengantin di gembirakan. 

Mas Kahwin & Wang Hantaran. Mungkin ramai di luar sana yang berbeza pendapat dengan saya. Sekali lagi saya menyatakan "Saya mengutamakan apa yang utama". Dalam Islam mas kahwin lebih baik di letakkan harganya tinggi sedikit dari wang hantaran. Mas Kahwin hadiah buat sang isteri manakala wang hantaran adalah untuk wali bagi menampung kos majlis. Saya hanya mengenakan syarat kepada pihak lelaki supaya memberi saya Mas Kahwin sahaja dan tidak meminta wang hantaran.  Pada mulanya saya meletakkan harga RM6666 mengikut jumlah ayat al-Quran. Kemudian setelah berfikir panjang saya kurangkan kepada RM4000 kemudian saya turunkan lagi. Kerana saya tidak mahu membebankan pihak lelaki yang menanggung segala-galanya. Akhir sekali saya berkata kepada tunang saya ketika itu, "Kalau kita nak berkat kita letak Mas Kahwin RM1000 sahaja tanpa wang hantaran". Kami pon bersetuju. 
Kami tidak mengikut nilai Mahar yang telah ditetapkan negeri.

Bagaimana Dengan Baju Pengantin Perempuan?

Ini yang istimewa ^__^... Untuk menjimatkan kos, saya telah design & jahit sendiri baju pengantin, tudung & viel. Daripada kerja mencantum hingga membuat perincian pada baju saya lakukan sendiri tanpa bantuan sesiapa pun. Alhamdulillah. Fabrik yang digunakan adalah satin, chiffon silk, & lace. Sillouette yang digunakan ialah mermaid. Warna yang di pilih oleh kami pink purple. Detailing pada dress, pleated & crumble beads.


Kenangan manis saya selamanya ^___^

Terima kasih kerana sudi membaca :)

No comments:

Post a Comment