expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, May 25, 2013

ANDA CANTIK DENGAN PEPLUM


Bismillahirrahmanirrahim... ASSALAMUALAIKUM followers & friends.

Mesti ramai bidadari penggemar fesyen telah memiliki blouse dan dress Peplum. Semua orang tertumpu kepada rekaan peplum seperti cahaya sportlight  memancar kepada pakaian ber'peplum' hingga menjadi trend masa kini. Mungkin juga sebahagian dari kalian yang pernah dengar namanya tapi tidak tahu rupa dan asal-usul Peplum. Hari ini Sis Ain Melur fokuskan lighting penulisan kepada Trend Peplum.

SEJARAH PEPLUM


Trend Peplum adalah ulangan di dalam sejarah fesyen. Peplum popular pada abad 20-an iaitu pada tahun 1940-an hingga 1980-an. Sejak kebelakangan ini Trend Peplum telah mula kembali di dalam abad yang baru dan ia menonjol pada tahun 2012 Sping / Summer. 


Peplum berasal dari bahasa Greek iaitu Peplos yang membawa maksud selendang. Peplum di takrifkan sebagai pakaian yang mempunyai flared ruffle (kembang berombak) melekat pada baju di bahagian pinggang. Kecil di pinggang dan kembang di bahagian bawahnya.

Di zaman dahulu Peplum hanya di ikat sahaja oleh wanita Greek di pinggang menggunakan tali.   Pada zaman Perang Dunia Ke-2, 1945-1960 Peplum mula di pakai oleh wanita-wanita Inggeris & Peplum telah di ubah suai mengikut pakaian pada waktu itu.

PEPLUM HARI INI

Peplum telah di reka dengan imaginasi yang maksimum oleh pereka-pereka fesyen dalam dan luar negara. Saya tertarik dengan satu rekaan peplum oleh Rizalman. Beliau adalah pereka fesyen yang hebat di Malaysia dan sangat di kenali hasil kerjanya yang sangat baik. Rekaan kurung moden peplum yang "Luar Biasa" bisa membuatkan bidadari -bidadari pencinta fesyen berebut untuk mendapatkan rekaan beliau itu. 

Rizalman-for-Zalora-Ingrid-Peplum-Kurung-129071
Rizalman Peplum Kurung

Begitu juga rekaan peplum di luar negara yang di hasilkan oleh usahawan industri fesyen. Gambar di bawah ini menunjukan rekaan peplum yang simple dan tidak seperti biasa. Kebanyakan peplum perinciannya adalah pleats biasa, manakala peplum di bawah ini sangat mencuri perhatian saya kerana perincian peplumnya menggunakan lipatan yang unik seperti origami.

Elie Saab Tailored
Yang paling penting sekali adalah, ada hadiah istimewa dari usahawan fesyen untuk bidadari muslimah yang menginginkan rekaan peplum untuk muslimah. Ada pelbagai pilihan jenama dan rekaan peplum buat muslimah di jual online kini. 


KOLEKSI GAMBAR PELBAGAI JENIS PEPLUM


DIY PEPLUM

www.littlemissmama.com 
lady-maple.blogspot.com 
 www.fashionmagazine.com

Terima kasih kerana sudi membaca :) Jangan lupa comment. 
Sebarang cadangan anda boleh emel kepada Sis Ain Melur atau hubungi saya di facebook dan twitter.

No comments:

Post a Comment