expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, May 26, 2013

6 Langkah Mudah Kelihatan Cantik & Berkeyakinan Ke Tempat Kerja



Bismillah. Assalamualaikum. Hai followers, circles, & friends!!! 
Tips make-up untuk muslimah bekerja.
6 Langkah Mudah Kelihatan Cantik & Berkeyakinan!!!

Kebiasaannya bidadari anggun hanya makeup cantik-cantik apabila ingin menghadiri majlis-majlis istimewa. Ada juga muslimah yang bertanya "Adakah saya perlu makeup ke tempat kerja?"

Sebagai bidadari muslimah yang bekerja, anda perlu menyimpan satu perkara dalam minda adalah memakai apa yang membuatkan anda berasa selesa. Muslimah berhak berketerampilan bergaya & yakin diri.

#Langkah 1#

FOUNDATION


Apabila pergi berkerja, banyak muslimah di luar sana ingin kelihatan cantik & ingin menutupi kelemahan yang ada pada wajah. Foundation adalah bedak asas untuk makeup. Kebiasaanya foundation berbentuk liquid & stick foundation. Liquid foundation sesuai untuk makeup jangka masa yang pendek. Manakala Stick foundation untuk jangka masa yang panjang. Ia penting untuk menutupi kesan-kesan cela pada wajah & memuluskan kulit wajah. Tetapi anda perlu memilih tone foundation yang sesuai dengan kulit anda. Maka anda perlu mencuba pada kulit anda sebelum membeli foundation.


#Langkah 2#
CONCEALER

Concealer adalah penting untuk kita. Kerana ia akan menutup segala cela-cela yang besar seperti jerawat batu, jeragat, blackhead, & garis-garis halus pada wajah. Concelaer yang baik akan menutupi semua dark sport pada wajah. Ini adalah kemestian pada semua muslimah yang mempunyai masalah black circle pada mata. Friends boleh dapatkan concealer di shopping complex di bahgian makeup.

#Langkah 3#
BLUSHER

Blusher akan memberikan wajah anda kelihatan lebih segar & sihat. Elakkan dari dark/deep shades daripada kilauan yang banyak untuk ke tempat kerja kerana sangat tidak sesuai. Cuba anda kenakan pada pipi anda warna seperti pink, peaches & natural. Ia akan kelihatan lebih menarik & tidak akan mengundang perhatian yang tidak diingini ke wajah anda. Di pasaran mempunyai pelbagai jenis blusher dari cream hinggalah ke powder. Pilih yang sesuai dengan anda.

                                             

#Langkah 4#
EYELINER

Untuk ke tempat kerja, Sis cadangkan hanya memakai eyeliner. Elakkan untuk memakai eyeshadow. Anda boleh memilih eyeliner yang berwarna selain hitam, contohnya blue, purple, dark brown & etc. Jika anda perlu memakai eyeshadow ke tempat kerja, pilihlah warna yang lembut & natural. Gel eyeliner akan memberi kesan yang baik. Tetapi jika anda baru saja ingin mula memakai eyeliner, gunalah eyeliner pencil. Ia akan memudahkan anda untuk menonjolkan & membentuk mata supaya kelihatan lebih cantik.


#Langkah 5#
BIBIR

www.chanel.com

Untuk ke tempat kerja, elakkan memakai lip gloss. Alasan petama, ia tidak boleh tahan lama & anda perlu sentiasa menyapu lip gloss setiap jam. Kedua, ia kan menjadi rumit. Lipstick adalah yang paling sesuai untuk dikenakan pada bibir untuk ke tempat kerja. Lipstick juga akan memberikan kesan yang lebih segar bagi bibir anda & akan bertahan lebih lama. Dapatkab lipstick yang lembut & ringan. Nudes & pinks adalah pilihan yang paling baik. Jika anda ingin memakai lipstick yang berwarna gelap, di ingatkan supaya anda makeup di bahagian wajah yang lain dengan natural.


#Langkah 6#
MENJAGA KESIHATAN KULIT WAJAH

Kebiasaan muslimah yang bekerja tidak mempunyai masa untuk mengambil berat tentang diri mereka. Tetapi sekurang-kurangnya anda mempunyai facial cleanser yang baik & scrub untuk menjaga kulit wajah. Di ingatkan, scrub wajah anda 2 kali seminggu. Elakkan menggunakan sabun untuk membersihkan wajah kerana ianya akan mengakibatkan kulit wajah kekeringan. Gunakan night cream sebelum tidur.


Finally, luangkan masa untuk diri kita sendiri supaya sentiasa kelihatan segar & bermotivasi untuk bekerja. Kecantikan adalah milik anda.

Terima kasih daun keladi, kalau sudi baca lagi :)
Jangan lupa untuk memberi comment. 

Sebarang cadangan anda boleh emel saya bidadari4187@gmail.com 
atau 
melalui facebook Sis Ain Melur 
atau 
twitter Sis Ain Melur
#klik sahaja pada link#


Untuk nasihat profesional anda bolehlah melawat blog ini http://www.sarahassansblog.com/

1 comment:

  1. masalahnye bila dh make up susah pulak nk remove utk solat..tu yg mls nk make up..hurmmmm

    ReplyDelete