Bismillah... Assalamualikum... Hai apa khabar followers & friends...? Lately Sis mengidam untuk collect seberapa banyak handbag... tapi tahap kewangan Sis sekarang ni masih belum mengizinkan. Mungkin ramai yang tahu tentang pelbagai rekaan handbag & purse. Kebiasaannya handbag & purse kasual. Sis tetarik untuk publish topik ini kerana ianya sangat eye-catchy. Lets read friends!!!
bellepapier.blogs.splitcoaststampers.com |
Cantik tak? Bukan sekadar hobi, tetapi pembuatan handbag & purse unik kini sudah menjadi perniagaan yang di gemari ramai. Gambar di atas handbag yang mempunyai bahagian luar yang keras, printed material, perincian patchwork, pemegang di perbuat dari rotan & di hiasi reben. Serta warna pink yang menarik perhatian wanita di luar sana.
Rekaan ini pula cluth yang di perbuat daripada kayu. Unik kan?
Gambar bawah ini menunjukan rekaan handbag yang di perbuat dari besi. Perincian corak & warna. Button pula tutup botol. Recycle.
Apa yang unik handbag di bawah ini? Hurm... dah tentulah coraknya. Pada pemerhatian Sis handbag material handbag ini adalah PVC atau canvas yang telah di warnakan dengan cat minyak. Dan permukaannya mempunyai texture. Pemegangnya pula di hiasi dengan butiran manik.
Cute & simple! Dua perkataan yang terucap ketika melihat gambar purse comel di bawah ini. Menggunakan kaedah patchwork, bunga matahari menjadi rekaan perinciannya. Seronoklah kalau dapat buat collection.
Mungkin ada sesetengah orang merasa pelik dengan purse cute ni. Tapi Sis sangat menyukainya. Bagi remaja & wanita yang inginkan kelainan, bolehlah cuba menggunakan purse sebegini. Mterialnya fabrik biasa tapi bercetak (printed fabrik).
Purse comel ini rupa ketam atau karipap ya?! Hehe... Material fabrik biasa, cuma di guntin zig zag untuk finishing nya.
Ini bag zaman 1875 dahulu. Uniknya pada outline serta sulaman tangan. Mungkin handbag ini dijahit menggunakan tangan.
Ada berani nak cuba buat handbag macam ni? Haaa... ini recycle tau.
Bentuk bibir unik. Sis percaya pada remaja yang inginkan kelainan pasti ingin mencuba ini.
Handbag box. Best nya kalau dapat buat koleksi kan?
Handbag ini sangat halus buatannya. Bahagian luar gambar bunga adalah jahitan manik-manik halus. Dan ada juraian manik di bawahnya. Untuk menghasilkan handbag ini perlukan fokus, ketelitian & kesabaran yang tinggi.
Simple & unik. Handbag cheongsam.
Hasil seni yang sangat cantik & unik. Walaupun simple, namun ia mempunyai nilai estetika yang tinggi. Sis bagi 5 bintang untuk ini. Perincian patchwork dari PVC.
Followers & friends minat tak nak buat koleksi handbag bergini?
Bagi sesiapa yang ingin berkongsi idea bolehlah beri comment atau emelkan pada Sis.
Life is Beautiful . Moderate Attire Look . Muslimah
No comments:
Post a Comment