expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, January 17, 2014

Hukum Memakai Inai Bagi Muslimah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT.

Selamat sejahtera kepada semua keluarga Inspirasi Indah. Semoga sentiasa di dalam keberkatan dan dalam bimbingan Allah SWT. Hari ini Sis nak berkongsi cerita sikit tentang pemakaian inai. Mungkin ade sesetengah daripada kita mengetahui tentang hal ini dan mungkin ada yang tidak tahu. Jadi Sis dengan gembira nak berkongsi cerita.

Inai yang dipakai oleh pengantin perempuan kebiasaannya pada majlis-majlis pernikahan orang melayu dan india. Inai berasal dari pokok inai, nama saitifiknya adalah Lawsonia Inermis. Pada asalnya tumbuhan ini di gunakan dalam perubatan. Di dalam bahasa arab ia di panggil 'Hina' bermaksud ubat. 



Ahli sejarah mendakwa inai telah di bawa oleh orang Mongol ke India pada kurun ke-12. Ada sesetengah pihak mendakwa inai berasal dari India. Dari sumber lain pula menyatakan ahli arkeologi  menemui bukti bahawa inai telah di gunakan di Mesir sejak dahulu lagi.

Daun inai mempunyai bahan pewarna glukosid dan asid henotonik pada daun inai menyebabkan kulit yang di sapu inai akan berwarna. Dan akan bercampur dengan kolagen pada sel kulit juga keratin pada kuku dan rambut.


Apa Hukum Memakai Inai?

Inai telah di gunakan secara tradisi oleh orang tua-tua pada zaman dahulu sebagai perubatan dan di pakaikan pada kuku dan jari  pengantin perempuan juga pengantin lelaki. Bagi isteri-isteri memakai inai sebagai hiasan untuk suami. 

Pada asalnya HUKUM memakai inai pada kedua tangan dan kaki adalah HARUS kepada wanita yang telah berkahwin juga yang belum berkahwin. Kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad pada pergelangan tangan dan buku lali. Warna yang di gunakan juga tidak bersifat kekal seperti tatu dan mempunyai unsur yang meragukan. Ia telah di Fatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.



Namun pada zaman ini pemakaian inai bercorak telah di pakai oleh setiap pengantin di Malaysia. Ia bagaikan satu kewajiban. Mengenai corak atau ukiran yang di gunakan seperti corak daun, bunga dan tumbuh-tumbuhan adalah di benarkan. manakala corak-corak haiwan, dewa-dewa atau ajaran juga gambar yang bertentangan dengan Syarak adalah sangat di larang.


Dari sudut lain pula, pemakaian inai bagi lelaki adalah TIDAK DI HARUSKAN kecuali pada sebilangan kecil lelaki. Seperti kebiasaan adat melayu memakaikan inai pada tiga jari akhir pengantin lelaki iaitu pada jari tengah, manis dan kelingking kanan pada kedua-dua belah tangan. Selain itu ia di bolehkan ke atas kaum lelaki untuk memakai inai adalah bertujuan perubatan. 

Haaa... cuba tengok gambar Mawi kahwin ini. Dia pakai inai pada tiga jari sahaja. Jangan keliru okay?


Alhamdulillah selesai sudah Sis bercerita. Semoga anda lebih faham tentang asal-usul inai dan hukum pemakaiannya bagi lelaki dan perempuan. Untuk rujukan boleh klik disini sahaja.

Daaaa... 


No comments:

Post a Comment