Bismillah. Assalamualaikum wbt.
Hai lovely readers!
Saya merindui halaman ini untuk berbicara tentang fesyen dari sudut pemikiran saya.
Sejak kebelakangan ini saya mula sibuk tahap maksimum! Nak tahu kenapa? Saya mulakan kerjaya baru yakni saya menapak kembali secara realiti didalam bidang fesyen yang telah lama saya tinggalkan. Dahulu hampa kerana berasa gagal untuk berada di dalam dunia fesyen. Namun saya mengasah bakat dalam diam di halaman blog Inspirasi Indah ini bersama lovely readers semua. Apalah makna jika saya menulis tanpa pembaca kan?! Sanjungan tinggi dan terima kasih saya kepada anda semua.
My lovely lappy & sweet magazines! |
Pada malam gelita dan menenangkan ini jari jemari saya terasa ringan untuk berceloteh mengenai hobi saya dari kecil. Apakah itu?! Haaa.... hobi saya dari sekolah adalah membaca dan mengumpul majalah fesyen dalam dan luar negara. Majalah yang mula-mula saya gemar beli waktu zaman sekolah adalah majalah CLEO. Mesti ramai yang tahu tentang majalah yang penuh dengan tips itu. Dahulu saya gemar mengumpul majalah itu kerana harganya yang mampu milik RM5.50. Pada waktu itu tahun 2003-2004 saya mula mengumpul kerana tertarik dengan sampel-sampel alat solek seperti maskara, lipstik dan kalender fesyen yang di berikan kepada pembaca majalah tersebut. Seronokan? Manakan tidak seronok remaja yang gemar berfesyen dapat sisipan hadiah kecil sebegitu! Sampai sekarang saya masih minat membeli majalah fesyen. Terutama sekali majalah fesyen muslimah seperti HIJABISTA, FESYEN HIJAB, ANIS & pelbagai lagi.
Apa kaitan dengan dengan kerjaya saya sekarang ini?! Tidaklah kerjaya hebat benar. Cuma merangkak-rangkak memasuki bidang fesyen secara mutlak tetapi dengan perlahan dan tersendiri. Saya tidaklah glamour. Suka suka untuk berceloteh mengenai kerjaya saya. Kerjaya mutllak dan hakiki adalah suri rumah. Namun di sebalik menguruskan rumahtangga, saya memulakan bisnes kecil iaitu Design & menjahit pukal. Masih lagi awal dalam lapangan ini. Tapi impian dan cita-cita sudah lama saya sematkan. Sekian lama mencari jalan untuk memulakan, Alhamdulillah akhirnya Allah swt bawa saya kedalam dunia fesyen muslimah juga. Walaupun kecil namun semangat saya tidak pernah luntur! Doakan kejayaan saya ya my lovely readers.
Kini sudah mula membelek kembali majalah fesyen. Kali ini majalah fesyen muslimah yang saya borong untuk mendapatkan maklumat terkini tentang fesyen muslimah. Haaa... seronok tak? Ini baru setapak. Masih ada lagi hajat saya dalam bidang fesyen, iaitu menjadi penulis khas untuk fesyen muslimah dan menjadi pakar pembuatan pakaian. Allah swt sahaja yang tahu isi hati saya dan lovely readers semua.
Hobi yang tidak saya sedari. Dari kecil, semenjak sekolah rendah saya gemar melukis pelbagai jenis pakaian beserta kasutnya sekali dan saya warnakan. Hinggakan tingkatan 3 di sekolah menengah, saya masih lagi melukis pakaian seperti Fashion Designer lakukan. Cuma lukisan itu tidak secantik Designer. Kemudian selepas PMR saya ingin ke sekolah teknik yang menawarkan Kelas Pembuatan Pakaian, namun tidak di persetujui oleh kakak saya. Saya meneruskan persekolahan di tingkatan 4 dalam aliran Sains IT. Walaupun di dalam kelas Sains IT, saya gemar berfesyen dan mengumpul majalah fesyen.
Lalalala... design saya! Ini takdir saya! |
Telah menjadi takdir! Apabila keputusan SPM keluar, keputusan SPM saya sederhana tetapi subjek sains tidak berapa menggalakkan untuk melayakkan saya masuk ke bidang Sains di IPT. Oleh kerana itu kakak saya memilih untuk menghantar saya ke bidang Rekaan Fesyen & Pakaian. Akhirnya bidang ini juga yang saya ambil. Di dalam pengajian saya sederhana dan tidak menonjol dalam course saya. Saya selalu menyepi kerana waktu tingkatan 4 & 5 saya fikir mahu menjadi Engineer atau Architect. Maka pada semester 1 saya berasa sangat sedih. Hinggakan untuk menyiapkan tugasan yang pertama membuat pola asas saya menagis. Saya tidak dapat menerima hakikat ini. Lebih-lebih lagi saya tidak dapat sesuaikan diri dengan rakan sekelas. Dalam masa pengajian saya ini, saya menganggap saya telah gagal dan tidak bersesuaian dengan course ini. Pengalaman yang agak pahit. Seterusnya hingga ke alam pekerjaan. Dan akhirnya menjadi suri rumah baru saya ada masa untuk berfikir tentang hal ini. Terasa lapang dan ada ruang untuk berfikir. Namun ada juga dugaan untuk melalui langkah pertama saya. Dunia fesyen memang mencabar, walaupun sekadar bisnes di rumah. Allah swt sahaja yang mengerti isi hati saya.... Apa yang tersirat dan tidak dapat di luahkan.
Membelek-belek majalah fesyen muslimah! Nak tahu apa yang saya lakukan? Saya mencari-cari idea untuk mengeluarkan koleksi pakaian sendiri dan mengkaji apa yang muslimah perlukan. Haaa.... idea...idea... mari-mari datang idea....
Koleksi terbaru! |
Daaaa... selamat malam... my lovely readers...May Allah swt bless your life. Love you very much!
No comments:
Post a Comment