expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, January 3, 2014

Happy New Year 2014!


Bismillah. Selamat Tahun Baru Masihi kepada viewers. 

Kebiasaan bagi setiap warga Malaysia akan melangkah tahun baru dengan azam yang di perbaharui.
Tidak kurangnya saya. Saya nak kongsi sedikit tips pada you all semua. ^___^

Tahun yang berlalu sudah berlalu. Dan tahun-tahun itu meninggalkan kenangan dan pengalaman dalam hidup kita. Jatuh bangun kita dalam sebuah kehidupan. Mungkin ada viewers yang tidak dapat mencapai impian pada tahun lalu. Dan mungkin ada yang dapat mencapainya. Setiap kali masuk tahun baru saya akan menulis list IMPIAN saya :). Dengan cara ini urusan kita akan lebih tersusun dan kita lebih fokus kepada matlamat yang ingin kita capai.

Sebagai contoh kita mempunyai beberapa matlamat pada tahun 2014, you all tuliskan senarai dari yang kecil hingga yang besar. Tuliskan tajuk dengan huruf besar IMPIAN TAHUN 2014.  Kemudian pada akhir helaian itu tulis "Yang Ingin Menggapai Impian". Saya syorkan agar you all tulis dengan tulisan tangan.

Boleh juga you all bahagikan kepada beberapa bahagian. Contohnya; 

1. Rohani (peningkatan amal soleh / perbaiki iman)
2. Fizikal (diet / kesihatan)
3. Mental (pendidikan / learning / kesihatan mental)
4. Financial (tabungan / saham)

Gambar Di Bawah Contoh Cara Membuat Senarai

(Klik pada gambar untuk Download format list ini )

Selamat Mencuba. Semoga Allah SWT mengkabulkan impian kepada viewers Inspirasi Indah

Apa pun yang bakal anda lalui, laluilah dengan iman dan sabar.

Keh keh keh.....

Akhir kata dari saya.


Saturday, November 2, 2013

Membelek Majalah Fesyen!

Bismillah. Assalamualaikum wbt.

Hai lovely readers!

Saya merindui halaman ini untuk berbicara tentang fesyen dari sudut pemikiran saya.

Sejak kebelakangan ini saya mula sibuk tahap maksimum! Nak tahu kenapa? Saya mulakan kerjaya baru yakni saya menapak kembali secara realiti didalam bidang fesyen yang telah lama saya tinggalkan. Dahulu hampa kerana berasa gagal untuk berada di dalam dunia fesyen. Namun saya mengasah bakat dalam diam di halaman blog Inspirasi Indah ini bersama lovely readers semua. Apalah makna jika saya menulis tanpa pembaca kan?! Sanjungan tinggi dan terima kasih saya kepada anda semua.

My lovely lappy & sweet magazines!

Pada malam gelita dan menenangkan ini jari jemari saya terasa ringan untuk berceloteh mengenai hobi saya dari kecil. Apakah itu?! Haaa.... hobi saya dari sekolah adalah membaca dan mengumpul majalah fesyen dalam dan luar negara. Majalah yang mula-mula saya gemar beli waktu zaman sekolah adalah majalah CLEO. Mesti ramai yang tahu tentang majalah yang penuh dengan tips itu. Dahulu saya gemar mengumpul majalah itu kerana harganya yang mampu milik RM5.50. Pada waktu itu tahun 2003-2004 saya mula mengumpul kerana tertarik dengan sampel-sampel alat solek seperti maskara, lipstik dan kalender fesyen yang di berikan kepada pembaca majalah tersebut. Seronokan? Manakan tidak seronok remaja yang gemar berfesyen dapat sisipan hadiah kecil sebegitu! Sampai sekarang saya masih minat membeli majalah fesyen. Terutama sekali majalah fesyen muslimah seperti HIJABISTA, FESYEN HIJAB, ANIS & pelbagai lagi.

Apa kaitan dengan dengan kerjaya saya sekarang ini?! Tidaklah kerjaya hebat benar. Cuma merangkak-rangkak memasuki bidang fesyen secara mutlak tetapi dengan perlahan dan tersendiri. Saya tidaklah glamour. Suka suka untuk berceloteh mengenai kerjaya saya. Kerjaya mutllak dan hakiki adalah suri rumah. Namun di sebalik menguruskan rumahtangga, saya memulakan bisnes kecil iaitu Design & menjahit pukal. Masih lagi awal dalam lapangan ini. Tapi impian dan cita-cita sudah lama saya sematkan. Sekian lama mencari jalan untuk memulakan, Alhamdulillah akhirnya Allah swt bawa saya kedalam dunia fesyen muslimah juga. Walaupun kecil namun semangat saya tidak pernah luntur! Doakan kejayaan saya ya my lovely readers.

Kini sudah mula membelek kembali majalah fesyen. Kali ini majalah fesyen muslimah yang saya borong untuk mendapatkan maklumat terkini tentang fesyen muslimah. Haaa... seronok tak? Ini baru setapak. Masih ada lagi hajat saya dalam bidang fesyen, iaitu menjadi penulis khas untuk fesyen muslimah dan menjadi pakar pembuatan pakaian. Allah swt sahaja yang tahu isi hati saya dan lovely readers semua.

Hobi yang tidak saya sedari. Dari kecil, semenjak sekolah rendah saya gemar melukis pelbagai jenis pakaian beserta kasutnya sekali dan saya warnakan. Hinggakan tingkatan 3 di sekolah menengah, saya masih lagi melukis pakaian seperti Fashion Designer lakukan. Cuma lukisan itu  tidak secantik Designer. Kemudian selepas PMR saya ingin ke sekolah teknik yang menawarkan Kelas Pembuatan Pakaian, namun tidak di persetujui oleh kakak saya. Saya meneruskan persekolahan di tingkatan 4 dalam aliran Sains IT. Walaupun di dalam kelas Sains IT, saya gemar berfesyen dan mengumpul majalah fesyen. 

Lalalala... design saya!  Ini takdir saya!

Telah menjadi takdir! Apabila keputusan SPM keluar, keputusan SPM saya sederhana tetapi subjek sains tidak berapa menggalakkan untuk melayakkan saya masuk ke bidang Sains di IPT. Oleh kerana itu kakak saya memilih untuk menghantar saya ke bidang Rekaan Fesyen & Pakaian. Akhirnya bidang ini juga yang saya ambil. Di dalam pengajian saya sederhana dan tidak menonjol dalam course saya. Saya selalu menyepi kerana waktu tingkatan 4 & 5 saya fikir mahu menjadi Engineer atau Architect. Maka pada semester 1 saya berasa sangat sedih. Hinggakan untuk menyiapkan tugasan yang pertama membuat pola asas saya menagis. Saya tidak dapat menerima hakikat ini. Lebih-lebih lagi saya tidak dapat sesuaikan diri dengan rakan sekelas. Dalam masa pengajian saya ini, saya menganggap saya telah gagal dan tidak bersesuaian dengan course ini. Pengalaman yang agak pahit. Seterusnya hingga ke alam pekerjaan. Dan akhirnya menjadi suri rumah baru saya ada masa untuk berfikir tentang hal ini. Terasa lapang dan ada ruang untuk berfikir. Namun ada juga dugaan untuk melalui langkah pertama saya. Dunia fesyen memang mencabar, walaupun sekadar bisnes di rumah. Allah swt sahaja yang mengerti isi hati saya.... Apa yang tersirat dan tidak dapat di luahkan.

Membelek-belek majalah fesyen muslimah! Nak tahu apa yang saya lakukan? Saya mencari-cari idea untuk mengeluarkan koleksi pakaian sendiri dan mengkaji apa yang muslimah perlukan. Haaa.... idea...idea... mari-mari datang idea.... 

Koleksi terbaru!
Daaaa... selamat malam... my lovely readers... 
May Allah swt bless your life. Love you very much!

Wednesday, September 11, 2013

Rawatan Akupuntur Boleh Kuruskan Badan?

Tahukah anda Rawatan Akupuntur boleh menguruskan badan???


Ramai yang tahu akupuntur adalah rawatan dari China yang menggunakan jarum halus. Rawatan akupuntur di gunakan untuk meransang saraf-saraf manusia yang tidak berfungsi dengan baik. Pelbagai penyakit boleh di rawat dengan kaedah rawatan akupuntur seperti stroke (angin ahmar), maigrin, resdung dan banyak lagi. 

Bagaimana Akupuntur Berfungsi?

Gambarajah di atas menunjukan titik-titik pada anggota badan manusia yang boleh di tusuk jarum akupuntur. Kegemukan biasanya berlaku apabila gaya hidup kita tidak seimbang. Maka organ dan saraf pada tubuh kita tidak dapat berfungsi dengan baik. Rawatan akupuntur adalah alternatif untuk menguruskan badan secara semula jadi. Dengan disiplin yang kuat untuk berdiet dan rawatan akupuntur yang konsisten, insyallah tubuh badan kita akan lebih berkesan. Bergantung kepada keadaan tubuh kita.

Untuk mendapatkan rawatan akupuntur, kita hendaklah bertemu dengan ahli akupuntur yang benar-benar mahir dalam rawatan ini. Rawatan akupuntur untuk pelansingan akan bermula dari perut. Kemudian beturutan kepada bahagian-bahagian tubuh yang lain. Pelangsingan semulajadi tanpa mengambil pil-pil diet sambil mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sentiasa beriadah.



Keberkesanan akupuntur pelangsingan bergantung kepada jenis tubuh samada cepat beritndak balas dan gaya hidup kita. Kebiasaannya perawat akupuntur pelansingan akan menasihati kita untuk tidak meminum minuman yang berais dan kurangkan makanan yang bergoreng. Jadual makan dan riadah perlu di atur dengan baik. Bagi you all yang ingin mendapatkan rawatan akupuntur, bolehlah berjumpa dengan perawat akupuntur muslim yang di iktiraf. Dengan izin Allah SWT projek pelangsingan you all berjaya.

Lihat gambar di bawah untuk inspirasi mulimah menawan.

Saturday, August 10, 2013

TIPS PILIH BAJU RAYA

aSSALAMUALAIKUm....

Hai followers, circles. & friends....
Mesti ramai yang tertunggu-tunggu post baru Sis... Maaflah you all.. Sis sibuk sangat bulan puasa. Jarang dapat menghadap blog ni. Iyalah kan... Tahun pertama berpuasa dan beraya sebagai isteri. Rasa tak menang tangan nak buat kerja. Dari kerja memasak, mengemas, menjahit, membasuh... sampai buat kuih raya pun Sis buat. Alhamdulillah semuanya di bantu oleh suami.

JOM Bidadari Muslimah Kita Tengok Baju Apa Yang Sesuai Di Pakai Raya Ni

1. Menutup aurat.

Syarat utama mestilah mengikut syariat. Menutup aurat wajib bagi orang Islam. Menutup aurat itu bermaksud menutup yang hodoh. Seperti biasa pakaian mestilah longgar, tidak jarang, dan bukan colour-blocking (warna stiking & kontra). Tudung perlulah di labuhkan ke bawah dada. Kaki mestilah di sarung dengan stokin aurat. Baru ayu kan...? Dah settle syarat ni, bolehlah Sis gelar you all "Permata Syurga".

2. Selesa di pakai.

Ok selesa di pakai ni macam mana ya?! Haaa... senang saja. Mestilah dari pemilihan fabrik yang selesa. Seperti sutera, georgette, cotton, lycra dan macam lagi. Janji syaratnya SEJUK. Sebab Hari Raya kita banyak menziarahi saudara-mara dan kawan-kawan kita pagi petang siang malam. Betul tak you all?!

3. Update

Walaupun you all semua muslimah sejati yang mengikut suruhan syarak, tapi you all mestilah kene update trend fashion sekarang. Kan?! bagi yang muda tak usahlah pakai macam orang-orang usia 30-50-an pula. Stylish kan sikit. Tapi jangan over! Update dari segi design baju, warna, & jenis fabrik. Kena jaga market dik! Haha... Kan..?! Bukan untuk menunjuk-nunjuk, tapi harga diri. Sederhana, simple & menawan.

4. Warna apa?

Ini senang saja. Bagi yang berkulit gelap yang sangat gelap pilihlah baju yang berwarna gelap. Bagi yang berkulit tann atau sederhana cerah boleh pilih warna pastel. Warna pastel tu apa? OK warna pastel tu warna yang cerah tapi bukan terlalu cerah dan striking. Bagi yang berkulit putih gebu boleh pilih warna yang sangat lembut elakkan pilih baju yang berwarna gelap.

5. Design macam mana Sis?

Ok design mudah saja konsepnya. Ikut bentuk badan you all. Bukan yang fit. Maksud Sis jika you all mempunyai badan bentuk pear, you all boleh pilih baju yang mempunyai jalir bahagian pinggang hingga ke bawah. Kalau dada besar boleh pilih baju yang mempunyai jalur atau corak kecil bahagian atas. Jika you all mempunyai bentuk badan straight, you all boleh pilih baju yang mempunyai multiple design corak. Maksudnya boleh cari baju yang mempunyai banyak corak pada satu baju. Corak-corak ini membantu untuk menutup kekurangan bentuk tubuh you all.

6. Sesuai yang macam mana?

You all boleh pilih pelbagai jenis baju. Contohnya, baju kurung, kurung pahang, jubah, dress, kebaya dan blouse untuk bergaya di Hari Raya. Jangan pula you all pakai blazer nak jalan raya. Atau you all pakai jacket winter pula.... Seeloknya pakai pakaian tradisional Melayu. OK?!

Gambar di bawah ini di ambil spontan oleh my hubby. Shawl yang Sis gayakan ini adalah hasil rekaan Sis sendiri. Dan Sis yang jahit sendiri. Shawl ini boleh di pakai di kedua-dua belah bahagian depan dan belakang. Shawl ini sangat best di pakai, lembut dan sangat sejuk. Memang sesuai di pakai di Hari Raya tau you all... You all suka tak nak pakai shawl macam ni? Hehe...



SELAMAT HARI RAYA

aSSALAMUALAIKUm.

Di keheningan Syawal, Sis menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf di atas segala keterlanjuran sepanjang Sis ber'blogging'. Harap-harap you all maafkan Sis ya?!

Dalam bulan yang mulia ini kita jangan lupakan saudara-mara kita yang miskin dan yatim piatu. Juga kita jangan lupa untuk mendoakan kesejahteraan saudara-mara seislam kita di Palestine, Syria & Mesir yang sentiasa di serang oleh musuh-musuh Islam.



Ehem... Ehem... Ehem... Jom jalan raya :)